Friday, January 25, 2008

Ilmuan Islam: Penemuan air raksa Al-Majriti diakui ilmuwan Barat

KETIKA golongan agama di Eropah mendakwa sains adalah ajaran sesat dan uji kaji makmal perbuatan sihir, ilmuwan Islam terus mencipta keunggulan menerusi penyelidikan di makmal mereka pada zaman pertengahan.

Antaranya, ilmuwan Islam dari Sepanyol Abu Al-Qasim Maslamah bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Al-Majriti yang memiliki pengetahuan luas dalam ilmu matematik, astronomi dan kimia.

Siri Ilmuwan Islam terbitan TV3 yang menemui penonton setianya jam 7.30 malam ini mengisahkan Al-Majriti yang bukan saja cemerlang di Andalus, ketokohannya turut diakui ilmuwan Barat yang mengagumi buku hasil tulisannya, terutama mengenai akaun perdagangan.


Kepakarannya dalam teori bilangan dan angka menjadikan buku berkenaan rujukan seluruh dunia, selain hasil karangan mengenai perhitungan kejuruteraan. Seperti biasa, pemikiran Barat menciplak hasil penemuan cendekiawan Islam, tetapi apabila sudah maju, mereka lupa pihak yang membentuk peradaban kemajuan itu.

Al-Majriti berbeza dengan ilmuwan lain kerana ketelitian serta ingatannya yang kuat. Beliau sering menekankan, mereka yang dikhususkan dalam bidang analisis sains seperti kimia, juga perlu mempelajari ilmu matematik dan sains.

Dengan gabungan pengetahuan itu, katanya, umat Islam akan memiliki kelebihan dalam pekerjaan dari segi teori dan praktikal

Penghasilan air raksa menunjukkan ketekunan dan ketelitian Al-Majriti apabila melakukan eksperimen yang akhirnya membawa kejayaan kepada kerjaya beliau. Eksperimen terkenal itu memperlihatkan bagaimana beliau menukarkan satu perempat tabung air raksa menjadi serbuk berwarna merah, selepas diletak di atas api selama 40 hari.

Al-Majriti akan memerhatikan eksperimennya itu dari semasa ke semasa untuk melihat perubahan pada air raksa yang membentuk oksida raksa hasil proses perubahan secara kimia. Sebagai ilmuwan teliti dalam kerjayanya, beliau sentiasa mendorong penyelidik untuk mengkaji bahan kimia menerusi proses percubaan di makmal.

Kesimpulan yang dicapai Al-Majriti daripada kaedah percubaan di makmal ialah bahan yang terhasil adalah sama dengan kumpulan bahan kimia yang diuji menerusi proses makmal. Penulisan ilmiah Al-Majriti yang terkenal ialah mengenai astrolab, sebuah peralatan kuno untuk mengukur ketinggian bintang di langit.

Ia adalah cakera diperbuat daripada kayu atau logam mempunyai ukuran darjah di tepinya dan tengahnya ada jarum penunjuk yang boleh bergerak.

Beliau menulis dua buku dalam bidang kimia bertajuk Rutbaj Al-Hakim dan Ghayah Al-Hakim yang menjadi rujukan ilmuwan Timur mahupun Barat hingga hari ini. Menyedari pentingnya buku Ghayah Al-Hakim, Raja Alfonso memerintahkan agar buku itu diterjemahkan ke bahasa Latin pada 1252 Masihi.

Buku lain karangan Al-Majriti ialah Thimar Al-Adad yang dikenali sebagai Al-Mu'amalat, Ikhtisar Ta'dil Al-Kawakib Min Zij Al-Battani, Rutbah Al-Hakim Fi Al-Kimiya, Al-Ahjar Rawdhah Al-Hada'iq wa Riyadh Al-Khala'iq serta Risalah Al-Asturlab, merangkumi ilmu sejarah, tabii dan pengaruh alam sekitar terhadap kehidupan.

Al-Majriti mempunyai ramai murid berjaya dalam kehidupan, seperti Abu Al-Qasim Al-Ghirnati, seorang jurutera dan ilmuwan dalam bidang perubatan dan Abu Al-Hakam Al-Karmani, seorang penduduk Cordova yang sangat terkenal sebagai pakar bedah dan jurutera.

Di sebalik kesibukannya mendalami pelbagai ilmu pengetahuan serta menterjemah buku ilmiah Yunani, Al-Majriti menggemari muzik, yang katanya, mempunyai persamaan dengan pengiraan ilmu matematik.

PROFIL

  • Nama: Abu Al-Qasim Maslamah bin Ahmad
  • Gelaran: Al-Majriti
  • Tarikh lahir: 338 Hijrah bersamaan 950 Masihi
  • Tempat lahir: Majrit (Madrid)
  • Meninggal dunia: Tahun 398 Hijrah bersamaan 1007 Masihi di Andalus
  • Sumbangan: Ilmuwan Arab Andalus yang pertama dalam bidang matematik dan ilmu astronomi
  • Sunday, January 20, 2008

    Taman Tamadun Islam di Terengganu



    KOMPLEKS Sulayman, Turki

    (IKUT jarum jam, dari kiri atas) Masjid As Sakhra, Palestin, Masjid Mohamed Ali, Mesir dan Masjid Lotfallah, Iran.

    MASJID Kuddus Minar, Jawa Indonesia.



    KALYAN Minaret, Bukhara, Uzbezkistan.

    MASJID Aleppo Citadel, Utara Syria.

    ANDA tidak perlu pergi ke Agra, India untuk melihat keindahan seni bina Taj Mahal yang dibina Maharaja Monghul, Shah Jahan atau ke Istanbul, Turki bagi melihat keunikan Kompleks Sulayman.

    Semuanya ada di Malaysia atau lebih tepat lagi di Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

    TTI berharga RM249.3 juta yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka 3 Februari ini menyajikan keindahan, keunikan dan kehalusan seni bina Islam.

    Keunikan TTI semestinya dengan kewujudan sebuah Masjid Kristal terapung serta 21 replika monumen Islam terkenal dari seluruh dunia, termasuk Al-Hambra (Sepanyol), Masjid Kubah Al Sakhra, Baitulmaqdis (Palestin) dan Menara Kaylan (Uzbekistan).

    Model masjid lain di taman diilhamkan Perdana Menteri itu ialah Masjid Samarra (Iraq), Kudus Minar (Indonesia), Masjid Xian (China), Shaikh Lutfallah (Iran), Kul Sharif (Russia) dan Qairawan (Tunisia).

    seterusnya

    dan lagi

    Ustaz Muhammad Azmi Lim


    MUHAMMAD Azmi Lim (tengah) bersama rakan usahawan, Norhashimah Lai Abdullah berbincang sesuatu dengan Penolong Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan, Ann Wan Seng.


    RAMAI beranggapan kerjaya pendakwah itu hebat dan glamor, malah sehingga ada segelintir daripada mereka ini dikategorikan sebagai golongan selebriti. Lantaran teruja dengan jolokan seperti itu, ia sebenarnya boleh mengaburi peranan dan tanggungjawab hakiki seseorang pendakwah.

    Begitulah pandangan Muhammad Azmi Lim Abdullah yang lebih dua dekad bergelumang dalam dunia pendakwahan.

    Hakikatnya tegas Muhammad Azmi, 35, bergelar pendakwah bukannya mudah, di bahu mereka terpikul pelbagai amanah, sekali gus menyebarkan syiar Islam secara berhikmah bukan sekadar mengajar dan berani menjatuhkan hukum. Jauh sekali melabelkan diri orang yang paling arif dan tahu segala hukum hakam.

    seterusnya

    Saturday, January 12, 2008

    Terlepas Bahan-bahan MENGENAL ISLAM Disember 2007

    'Saudara Baru Muslim' Bicara Tentang 'Hijrah'

    Ann Wan Seng, 40. (Penolong Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan.)
    “Hijrah merupakan suatu sejarah besar umat Islam yang sarat pengajaran dan hikmah untuk direnungi, dihayati dan diwarisi.

    Muhammad Azmi Lim Bin Abdullah, 35. (Ahli perniagaan dan tenaga pengajar sambilan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
    “Sebaik bergelar Muslim, cabaran pertama yang terpaksa saya lalui ialah dihalau oleh datuk kerana dianggap telah menconteng arang ke muka keluarga.

    Norhashima Lai Abdullah, 46. (Pengusaha kantin dan katerer)
    “Saya bersyukur kerana tergolong sebagai insan yang melakukan hijrah, lebih-lebih lagi dalam soal akidah iaitu berhijrah dari kufur kepada beriman.

    seterusnya

    Azlan Su Pilih Islam


    Azlan Su.



    Malah akui Pengurus Kumpulan F&B di Residence Hotel, Bangi, Selangor, Azlan Su, 40, menyedari dirinya seorang yang free thinker membuatkan keputusan bergelar Muslim tiada kaitan langsung dengan unsur paksaan atau ikutan semata-mata.

    Beliau tertarik dengan Islam apabila mula keluar merantau untuk bekerja.

    Pada masa itulah Azlan banyak bergaul dengan teman-teman yang majoritinya beragama Islam dan orang Melayu. Sepanjang perkenalan itu, beliau selesa dengan cara hidup mereka dan pengamalan budaya dalam masyarakat tersebut.

    “Paling seronok bila menyambut bulan Ramadan dan tibanya Syawal. Apa tidaknya, memandangkan diri masih bujang, saya tidak melepaskan peluang meraikan hari kebesaran umat Islam dengan teman-teman beragama Islam. Melihat hubungan kekeluargaan mereka yang begitu mesra dan penuh kasih sayang, ia rupa-rupanya menjadi titik awal yang membawa kepada agama kepercayaan mereka iaitu Islam.

    seterusnya

    Apa Akan Jadi Jika Islam Tidak Wujud?

    JURNAL Foreign Policy keluaran Januari-Februari 2008 memulakan penerbitan tahun barunya dengan tajuk A World Without Islam.

    Di bawah tajuk Dunia Tanpa Islam secara ringkas penulisnya, Graham Fuller menyoal bagaimanakah dunia jika Islam tidak wujud langsung? Kepada sesetengah pihak, ia mungkin sesuatu yang membahagiakan: Tiada pertembungan peradaban, tiada jihad, tiada pengganas.

    Adakah agama Kristian akan menguasai dunia? Adakah Asia Barat menjadi cahaya keamanan bagi demokrasi? Mungkin peristiwa 11 September tidak akan berlaku? Bahkan, jika Islam tidak disingkirkan daripada haluan sejarah, dunia akan menjadi lebih aman? Provokasi ‘jahat’ Fuller yang ingin mempengaruhi dunia membenci Islam dan beranggapan bahawa agama Islamlah merupakan punca masalah di dunia sekarang khususnya di Asia Barat.

    baca lagi

    Wednesday, January 9, 2008

    Merdu Suara Anak Kecil Membaca al-Quran (video)

    Wanita Islam di USA (video)

    Ustaz Ann Wan Seng


    ANN Wan Seng menunjukkan tiga buku terlaris tulisannya di pejabatnya di Bangunan Perkim, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Gerangan yang dimaksudkan ialah Penolong Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan, Ann Wan Seng, 39 tahun.

    Anak kelahiran Klang, Selangor ini juga adalah Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Putra, Ahli Jawatankuasa Perkim Bahagian Wilayah Persekutuan dan Penasihat Asrama Baitul Ummah, asrama kanak-kanak yatim, fakir miskin dan mualaf di Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur.

    lagi

    Program Peningkatan Ilmu Saudara Baru PERKIM

    Program tiga hari itu diadakan di Pusat Latihan Lakeview INMIND, Sungai Tinggi, Selangor dengan matlamat menyebarkan ilmu Islam kepada saudara baru.

    Program itu disertai oleh 100 peserta daripada pelbagai kaum iaitu India, Cina, Orang Asli dan Filipina.

    Ia diadakan khusus kepada saudara baru bagi menambahkan pengalaman dan pengetahuan untuk mempertingkatkan lagi kefahaman tentang Islam. Matlamatnya, supaya mereka mempraktikkan Islam sebagai cara hidup serta menjadi muslim dan muslimat yang soleh dan solehah.

    lagi


    PARA perserta Program Peningkatan Ilmu Saudara Kita Peringkat Zon Tengah bersama urusetia dan moderator bergambar kenangan selepas menamatkan kursus tiga hari itu.

    Saturday, January 5, 2008

    Muslim Amerika Berpuasa Ramadhan (video)

    Bubur Asyura Juadah Sinonim Bulan Muharam

    MAJORITI umat Islam Malaysia tahu mengenai bubur Asyura. Ada yang menyatakan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas yang terdiri daripada sepuluh jenis bahan. Ada tepung, ada ubi, ada pelbagai kekacang dan sebagainya. Apa yang pasti ia ialah bubur daripada 10 bahan masakan. Kalau lebih atau kurang, itu bukan bubur Asyura. Jenis rasanya mungkin juga berbeza di antara satu negeri dengan negeri lain.

    Ada juga anggapan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas sempena 10 Muharam. Kebetulan perkataan Asyura diambil daripada bahasa Arab iaitu Asyarah yang bermakna 10. Maka ramailah yang bergotong-royong atau bersendirian menyediakan bubur Asyura pada tanggal 10 Muharam.

    seterusnya

    Keith guna al-Quran milik Jefferson


    NANCY Pelosi (kiri) yang mencipta sejarah sebagai wanita pertama memegang jawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat menyempurnakan majlis angkat sumpah Keith Ellison menggunakan al-Quran yang dipegang oleh isterinya, Kim di Capitol Hill, Washington, kelmarin. – AP.

    Anggota Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Keith Ellison mengangkat sumpah semalam selaku anggota pertama beragama Islam dengan menggunakan al-Quran yang pernah dimiliki bekas Presiden, Thomas Jefferson.

    Dalam majlis persendirian, Keith yang diapit oleh isterinya, Kim dan empat anak dan ditemani sanak-saudara dan tetamu jemputan mengangkat sumpah menggunakan naskhah al-Quran yang dibalut dengan kulit dipinjam dari Perpustakaan Kongres.

    Majlis angkat sumpah itu berlangsung di depan Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi selepas angkat sumpah rasmi 435 anggota baru dewan bagi penggal ke-110, semalam.

    Ketika berkata kepada ABC News sebelum majlis, Keith memberitahu, langkahnya mengangkat sumpah menggunakan al-Quran adalah perkara semula jadi kerana ia kitab kepercayaan orang Islam.

    “Ia merupakan kitab yang saya baca setiap hari dan tempat saya mendapatkan inspirasi,” kata Keith yang menganut agama Islam semasa menuntut di kolej.

    baca lagi

    Al-Quran Mengandungi Petunjuk Saintifik

    Meskipun al-Quran diturunkan kira-kira 1,400 tahun yang lalu kepada Rasulullah s.a.w, seorang yang ummi iaitu tidak boleh membaca dan menulis atau menghadiri sistem pendidikan sains seperti hari ini, namun kebenaran mukjizat saintifik terus dibongkar oleh para saintis Islam berabad-abad lamanya dan dibongkar oleh saintis zaman kini atau mula mengakui kebenaran mukjizat al-Quran yang memberikan petunjuk saintifik dan sebahagiannya kembali kepada ajaran tauhid yang fitrah.

    Pemenang Hadiah Nobel, Albert Einstein pernah menyebutkan: “Sains tanpa agama adalah palsu dan agama tanpa sains adalah buta.”

    Al-Quran bukanlah kitab sains tetapi terkandung signs atau ayat-ayat yang memberi petunjuk. Mengikut Dr. Zakir Naik seorang pendakwah terkenal dari India, terdapat lebih 1,000 ayat yang berhubung dengan sains. Petunjuk-petunjuk saintifik dalam al-Quran terkandung kebenaran dan fakta bukan sekadar hipotesis atau teori yang masih dalam kajian dan persoalan.

    Al-Quran 21:30 menyebutkan dengan jelas tentang kejadian alam semesta. Teori Dentuman Besar atau Big Bang yang dipercayai oleh para saintis kini menyebabkan berlakunya pembentukan galaksi. Ia berkembang menjadi bintang, planet, matahari, bulan dan sebagainya. Al-Quran juga menyebutkan tentang makna dukhan atau asap atau gas yang menjadi rujukan utama kepada fakta teori Dentuman Besar (al-Quran 41:11).

    baca lagi

    Tee Kian Hang Jadi Muslim Kerana 'Kebersihan' Dalam Islam


    HARUN Tee Abdullah dan Hamidah Aliamaran (duduk tengah) diraikan keluarga kedua-dua belah mempelai pada hari persandingan mereka.

    Tambah Harun Tee, setelah bergelar Muslim, barulah beliau teringat kembali kisah yang berlaku lapan tahun lalu. Katanya, ketika itu dia masih menuntut di sekolah menengah dan sedang berehat di rumah. Tanpa disedari, perhatiannya tertumpu kepada sebuah lagu dendangan kumpulan nasyid Raihan.

    Sungguhpun Harun Tee tidak mengerti maksud di sebalik lagu dendangan tersebut, hatinya berasa tenang dan mendamaikan sepanjang mengikuti alunan muziknya.

    Berkongsi kisah yang membawa kepada pengislaman beliau, kata Harun Tee setahun sebelum mengambil keputusan mengucap syahadah pada 12 Februari 2004, beliau pernah ke Perkim setelah diberitahu oleh beberapa teman tentang peranan pertubuhan ini berkaitan orang yang baru berjinak dengan Islam serta saudara baru.

    “Saya rasa agak terkejut kerana sungguhpun saya dilahir dan dibesarkan di Kuala Lumpur, sedikitpun saya tidak tahu kewujudan Perkim apatah lagi, mengetahui fungsi dan peranannya. Akhirnya, saya memberanikan diri menjejakkan kaki ke tingkat empat, bangunan Perkim.

    “Dari situlah, fikiran saya mula terbuka dan mengetahui bahawa bukan saya seorang sahaja bangsa asing yang beragama Islam. Semasa mengikuti kelas-kelas kendalian Perkim, saya berkenalan dengan ramai saudara baru dan mereka yang baru belajar mengenali agama Islam,” jelasnya.

    baca seterusnya