Wednesday, August 6, 2008

Sains Iktiraf Sembelihan Binatang Secara Islam




SEDARLAH, apa yang kita makan, minum dan guna pakai setiap hari sepanjang hidup akan mencorakkan amalan dalam budaya, moral, sosial dan akhlak hidup serta tahap iman seseorang.

Jika makan dan minum yang menjadi darah daging dalam badan kita halal dan toyyiban (baik, bersih dan selamat), fitrahnya akan baik dan tinggilah akhlak, moral dan sosial hidup sehariannya serta akan bersinarlah cahaya keimanan.

Namun, apabila apa yang masuk dan diisi ke dalam perut itu tidak bersih dan tidak selamat kerana menyalahi syarak timbullah pelbagai masalah akhlak, moral dan budaya hidup negatif sebagaimana yang banyak melanda ummah sekarang.

seterusnya

Insuran Islam di Britain

LONDON 28 Julai - Sebuah syarikat insurans berlandaskan Syariah yang pertama seumpamanya di Britain dilancarkan hari ini dengan menawarkan perkhidmatan polisi insurans kenderaan berasaskan undang-undang Islam.

Syarikat insurans Salaam Halal yang berlandaskan prinsip Takaful, disasarkan kepada 1.6 juta penduduk Islam di Britain yang merupakan 2.7 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini.

"Pelancaran Insurans Salaam Halal iaitu sebuah syarikat bebas pertama berasaskan syariat Islam ini merupakan satu perkembangan terhadap pembangunan sistem kewangan Islam di negara ini," kata Pengerusi Salaam Insurans, Abdulaziz Hamad Aljomaih.

Kerajaan Britain pada 2004 telah membenarkan sebuah bank yang menggunakan 100 peratus kaedah perbankan Islam, Islamic Bank of Britain untuk beroperasi sebelum sebuah bank tempatan, bank Llyods TSB turut melancarkan produk perbankan Islam pada tahun lepas.

- AFP

SUMBER

Islam di Australia


PUSAT Islam yang terletak di dalam University of Southern Queensland menyediakan pelbagai aktiviti untuk komuniti Islam di sana.


Komuniti Islam di Toowoomba, Queensland, Australia bersatu di bawah sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Persatuan Islam Toowoomba (IST). Ia berdaftar sebagai sebuah pertubuhan yang membuat keuntungan tetapi demi memenuhi keperluan masyarakat Islam di daerah itu.

Penuntut-penuntut Islam yang mengikuti pengajian di University of Southern Queensland (USQ) sama ada rakyat tempatan mahupun luar negara, merupakan mereka yang memainkan peranan penting dalam setiap penganjuran aktiviti di IST.

seterusnya