Sunday, December 30, 2007

Ensiklopedia: Islam dahului Barat 800 tahun

INTELEKTUAL terkemuka Perancis, Roger Garaudy berpendapat, andainya Barat memilih dan menerima Islam sebagai sistem atau pandangan hidup, maka Barat tidak akan melakukan penjajahan di dunia Islam.

Selain itu, Barat juga tidak akan melakukan peperangan dan merampas hak kehidupan bangsa lain, terutama umat Islam. Inilah nasib tragedi yang dialami Barat hingga kini, mereka ingin terus menjajah umat Muslim dengan berbagai cara dan polanya.

Setiap tahun mereka menindas orang Islam yang dianggap sebagai ancaman kepada kepentingan Barat. Mengenai hal ini, kita dapat lihat bagaimana mereka (Amerika, Inggeris, Perancis, Itali, Belanda, Jerman dan negara sekutu lainnya) bersatu menakluki wilayah Islam di Asia Barat, Afrika dan Asia.

seterusnya

Michael MAJID Wolfe Pilih Islam


Michael Majid Wolfe.

“AGAMA kebenaran yang saya cari mestilah satu agama yang tidak mengabaikan aspek metafizik dan sains. Ia bukannya satu agama yang sempit dan susah untuk difahami.

Agama itu tidak memerlukan manusia perantara. Malahan, ia tidak menentang perkara tabii seperti seks.

“Dalam agama itu juga perlu ada ritual atau amalan harian agar kesedaran diri dapat dipertajamkan dan minda dapat didisiplinkan. Yang paling penting, saya perlukan kejelasan dan kebebasan dalam beragama kerana saya tidak mahu menggantikannya dengan dogma atau kepercayaan secara membuta tuli… Dan semakin saya mengkaji Islam, semakin saya menyedari bahawa inilah agama yang saya cari,” tegas pendirian pemenang Anugerah Wilbur 2003, Michael Majid Wolfe.

seterusnya

Zaman Pertengahan Eropah Penuh Kejutan

Hari ini saya ke Kinokuniya untuk mendapatkan dua buah buku penting bagi subjek saya bersama Prof. Kopanski iaitu “Contact and Relations Between Muslims and Medieval Europe”.

Dua buku yang saya maksudkan itu ialah:

INTRODUCTION TO MEDIEVAL EUROPE 300 - 1550: Age of Discretion, oleh Willem Pieter Blockmans dan Peter Hoppenbrouwers.

medieval_routledge.jpg

MUHAMMED AND CHARLEMAGNE, oleh Henri Pirenne

charlemagne.jpg

Setelah lama menghabiskan masa membaca Sejarah Eropah Moden, di satu peringkat saya agak lesu dalam cubaan untuk membaca tentang sejarah Medieval Europe, yang sering diistilahkan sebagai zaman gelap Eropah.

Tetapi Prof Kopanski telah berjaya menyuluh saya dan rakan-rakan, di manakah keistimewaan era ini khususnya bagi kaum Muslimin. Seperti biasa, beliau akan membentangkan peta Eropah sebesar meja di depan kami, dan syarahannya tidak ubah seperti ketua tentera yang sedang menerangkan misinya kepada gerombolan askar.

Diskusi kami menjadi hangat dengan persoalan yang berlegar di sekitar King Offa of Mercia (757-796) yang memerintah sebahagian kawasan England, Wales dan Scotland. Apakah King Offa memeluk Islam? Isu mengenainya timbul apabila wang syiling yang ditempa pada zaman pemerintahannya memaparkan kalimah La Ilaaha Illallaah. Tambahan pula, tubuhnya yang hilang dari kuburan, menimbulkan lagi kerumitan.

Perbincangan terus jadi menarik apabila dibahaskan tentang asal usul Blackie di sekitar kawasan selatan England seperti di Southampton, Brighton dan sebagainya. Mereka adalah British, namun kulitnya sedikit gelap dan dipercayai sebagai saki baki komuniti Andalus yang bermastautin di sana.

Lebih mengujakan, apabila dibentangkan pula tentang beberapa buah kerajaan Islam yang memerintah pulau sekitar Itali, malah pernah sampai memerangi dan mengalahkan Vatican City di Rome. Kerajaan-kerajaan yang mencecah usia sekurun itu, walau bagaimana pun tidak menakluk Rome, sebaliknya membiarkan kota itu begitu sahaja. Kerajaan-kerajaan Islam di sekitar Itali ini tidak mempunyai sebarang hubungan langsung dengan Abbasiyyah di Baghdad, mahu pun Umayyah di Andalus. Mereka berdiri sendiri.

Catatan-catatan Ibn Fadhlan yang kemudiannya difilemkan di dalam The 13th Warrior juga dibahaskan dengan panjang lebar.

Apa yang menariknya ialah, setiap kelas, akan disertakan dengan sesi menonton filem berkaitan Medieval Europe. Ada yang keluaran Hollywood, tidak kurang juga karya tempatan dari Poland, Sweden, England dan sebagainya.

Filem terakhir yang kami tonton, adalah berkaitan dengan Charlemagne yang dianggap sebagai pengasas Eropah. Buku Henri Pirenne yang diterbitkan sejurus sebelum Perang Dunia Kedua itu, sungguh klasik dan mencetuskan pelbagai debat. Bagaimanakah Rasulullah SAW dan generasi Islam yang awal, menggoncang kegelapan Rumawi dan Frankish ketika itu… saya sedang memerah kepala membacanya.

Setiap kali kelas ini berlangsung, ia berakhir mencecah 10:30 malam (bermula pada jam 6 petang).

Prof. Kopanski berkali-kali merayu kami supaya menawarkan diri untuk menulis thesis berkenaan Medieval Europe, namun saya secara peribadi hanya mampu tersenyum.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

sumber:

http://saifulislam.com/?p=786

Saturday, December 22, 2007

Hari Raya Haji di China

BEIJING 21 Dis ,-Hari Raya Korban di Negara China di sambut serentak pada 20 Disember. Kerajaan China telah menyediakan cuti selama sehari kepada umat Islam di China. Umat Islam di pelbagai tempat di China telah secara meriah menyambut hari kebesaran tersebut.

Seramai 150 ribu orang umat Islam di Xining, provinsi Qinghai yang terletak di utara China telah telah berkumpul beramai-ramai di Masjid Dongguan, iaitu masjid keempat terbesar di dunia dan solat berjemaah untuk menyambut Hari Raya Korban. Umat Islam di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China telah memakai pakaian yang cantik, sambil menyanyi dan menari untuk menyambut hari kebesaran tersebut.

Dianggarkan terdapat sebanyak lebih 30 juta umat Islam di seluruh China. Etnik Islam terbesar adalah dari Etnik Hui. Kebanyakan bandar besar di China memiliki sejumlah mesjid yang dapat menampung umat Islam untuk mengadakan sembahyang Hari Raya Qurban dan mengadakan Ibadah Qurban secara beramai-ramai. Contohnya di Shanghai terdapat 7 Mesjid dan di Guangzhou terdapat 4 mesjid. Sementara itu di wilayah seperti Qinghai, dan Xinjiang terdapat ribuan mesjid yang dipenuhi oleh jemaah untuk mengadakan sembahyang Hari Raya Qurban.

Persatuan Islam China telah mengadakan jamuan menyambut Hari Raya Korban di Beijing semalam. Naib Perdana Menteri China , Hui Liangyu turut hadir dalam jamuan tersebut. Presiden persatuan itu, Haji Hilaluddin Chen Guangyuan bagi pihak Persatuan Islam China mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam China serta umat Islam daripada pelbagai negara asing yang bekerja di China.

Sementara itu Umat Islam di Bandar Yiwu , Zhejiang telah mengadakan sambutan Hari Raya Qurban sehari lebih awal iaitu pada 19 Disember. Mereka mengadakan sembahyang Sunat Aidil Adha di Mesjid Yiwu yang boleh menampung lebih 5000 orang jemaah.

sumber:

Blog CINA ISLAM
http://idhamlim.blogspot.com/

Monday, December 17, 2007

Agama Paling Cepat Berkembang di Dunia Hari Ini

Klik di link ini untuk melihat videonya

http://youtube.com/watch?v=1Da6nvl2ahA&feature=related

"Moslem are the world fastest growing group"
"Orang-orang Islam adalah umat yang paling cepat perkembangannya di dunia."
(The Population Reference Bureau, USA Today)

"Islam is the fastest-growing religion in America..."
"Islam adalah agama yang paling cepat berkembang di Amerika..."
(Hillary Clinton-Los Angeles Times)

"Islam is the fastest-growing religion in the country."
"Islam adalah agama yang paling sepat berkembang dalam negara."
(Geraldine Baum, Newsday Religion Writer, Newsday)

"Islam is the fastest-growing religion in the United States..."
"Islam adalah agama yang paling pantas berkembang di Amerika Syarikat..."
(Ari L. Goldman, New York Times)



POPULASI PENDUDUK DUNIA

TAHUN 1900 Muslim 12.4 % Kristian 26.9%
TAHUN 1980 Muslim 16.5 % Kristian 30.0 %
TAHUN 2000 Muslim 19.2 % Kristian 29.9 %

Kajian menunjukkan jangkaan berikut:

TAHUN 2025 Muslim 30.0 % Kristian 25.0 %

Video Ibadah Haji Lengkap (Bahasa Melayu Indonesia)

BAHAGIAN 1


BAHAGIAN 2


BAHAGIAN 3


BAHAGIAN 4


BAHAGIAN 5


BAHAGIAN 6


BAHAGIAN 7


BAHAGIAN 8

Hendak Tahu Tentang Ibadah Haji Umat Islam? (video)

Gambar-gambar umat Islam mengerjakan ibadah Haji.



Video tentang ibadah haji. Apabila melihat manusia berawaf mengelilingi Kaabah, terasa seperti melihat planet-planet dan sekitarnya sedang mengelilingi matahari.





Suasana umrah

3 Juta Jemaah Haji Penuhi Kota Mekah

MEKAH, 15 Dis. - Hampir tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia kini memenuhi kota Mekah, tiga hari menjelang hari wukuf.

Kira-kira sejuta daripada mereka memenuhi setiap ruang Masjidil Haram di sini untuk menunaikan solat Jumaat semalam, yang merupakan solat terakhir sebelum seluruh jemaah haji bergerak ke padang Arafah mulai Isnin ini untuk menunaikan ibadat wukuf pada Selasa, 18 Disember.

Menurut laporan akhbar tempatan kira-kira tiga juta jemaah akan mengerjakan ibadat haji selama lima hari bermula Isnin ini. Kira-kira setengah juta daripada mereka adalah rakyat Arab Saudi.

Seterusnya

Saturday, December 15, 2007

Kisah Abang Michael jackson Peluk Islam


JERMAINE Jackson yang mengenakan jubah dan igal kini mahu dikenali sebagai Muhamad Abdul Aziz.

Susunan: SITI AINIZA KAMSARI

BARU-BARU ini tersebar melalui Internet dan e-mel kononnya Raja Pop dunia, Micheal Jackson memeluk Islam. Malah beliau juga dikatakan menyanyikan sebuah lagu bertajuk Duaa yang memuji Allah dengan begitu indah.

Namun, setelah diteliti dan diperhalusi rupa-rupanya lagu tersebut dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkemuka dari Afrika Selatan bernama Zain Bhikha. Namun, menurut abang Micheal, Jermaine Jackson, adalah tidak mustahil suatu hari kelak adiknya akan memeluk Islam.

Katanya, apa yang lebih penting Micheal kini tidak mempunyai pandangan yang serong dan sempit terhadap Islam setelah membaca beberapa buku penerangan mengenai Islam yang diberikan kepadanya.

"Micheal kini lebih memahami Islam dan sering juga bertanyakan mengenai agama itu. Berbanding dahulu, seperti kebanyakan warga Barat yang lain, Micheal juga terpengaruh dengan pelbagai dakwaan yang negatif terhadap Islam," katanya.

Mungkin kerana Islam itu sendiri, Micheal kini beralih tumpuan perniagaannya di Asia Barat. Malah beliau kini mempunyai sebahagian pegangan saham di sebuah syarikat milik Putera Arab yang berstatus bilionair, Waleed Talal.

Jermaine, salah seorang anggota kumpulan Jackson 5 yang mengecap kegemilangan dan kemasyhuran pada era 1980-an, memeluk Islam pada awal 1990. Jermaine atau nama sebenarnya Jermaine LaJaune Jackson yang dilahirkan pada 11 Disember 1954 di Gary, Indiana kini lebih dikenali sebagai Muhammad Abdul Aziz,

Berita pengislamannya itu begitu mengejutkan dunia Barat dan peminat seninya. Mereka sama sekali tidak menyangka Jermaine akan memeluk Islam dan kini memilih hidup yang cukup berbeza berbanding kehidupannya dahulu.

Sedangkan pada akhir kariernya sebagai penyanyi, beliau sempat berduet dengan Pia Zadora pada tahun 1985 dalam lagu When The Rain Begins To Fall yang menduduki tempat teratas beberapa carta single di Eropah. Pada tahun 1989, albumnya yang bertajuk Dont Take It Personal menjadi hit nombor satu dalam Carta Billboard R&B Singles.

Pada tahun 1989, bersama dengan adiknya, Janet Jackson, mereka mengadakan persembahan di beberapa negara Asia Barat. Ketika menetap di Bahrain, Jermaine berpeluang menemui sekumpulan kanak-kanak negara itu yang datang menemui beliau.

"Kanak-kanak tersebut tanpa segan silu terus bertanyakan mengenai agama anutan saya, lalu saya menjawab saya seorang Kristian dan saya juga terus bertanyakan kepada kanak-kanak itu akan agama mereka pula.

"Tanpa saya sangka, agak mengejutkan apabila mereka menjawab Islam dengan bangganya tanpa ragu-ragu," katanya.

Tanpa perlu bertanya lanjut, kanak-kanak itu juga bercerita kepada Jermaine akan agama Islam dengan pelbagai maklumat yang menarik walaupun bunyinya begitu keanak-anakan.

"Melihat kesungguhan mereka menerangkan Islam, saya menjadi kagum malah saya berasa sungguh damai mendengarkan penerangan mereka itu," katanya.

Sejak peristiwa itu, Jermaine mengambil peluang mengadakan perbincangan yang panjang lebar mengenai Islam dengan beberapa ulama dan tokoh Islam terkemuka di Bahrain.

"Ini menyebabkan hati dan pemikiran saya mula berkocak hebat," katanya yang pada zaman kegemilangannya pernah dicalonkan untuk Anugerah Grammy dalam kategori Best Male R&B Vocal Performance melalui albumnya Lets Get Serious pada tahun 1979.

Begitupun, Jermaine belum sepenuhnya mendapat hidayah untuk memeluk Islam dan menganggap semua maklumat yang diperoleh tentang Islam tidak akan mengubah dirinya sebagai penghibur dan dia akan terus kekal sebagai penggiat seni dan muzik Barat.

"Namun hati saya ketika itu sebenarnya telah pun memeluk Islam, cuma tidak mampu untuk dilafazkan melalui kata-kata," katanya.

Beliau kemudian memberitahu perasaannya itu kepada seorang sahabat yang bernama Qunber Ali yang kemudiannya membawa Jermaine ke Riyadh, ibu negara Arab Saudi .

"Sehingga ke saat itu, saya masih tidak mengetahui mengenai Islam sehinggalah sebuah keluarga daripada kerabat diraja Arab Saudi membawa saya untuk melakukan umrah di Mekah. Di situ, buat pertama kalinya saya mengucap dua kalimah syahadah bagi mengesahkan pengislaman saya," katanya.

Setelah memeluk Islam, Jermaine mendapatinya dirinya bagai dilahirkan semula. Ini kerana Islam telah memberikan jawapan kepada pelbagai keraguan beliau sebelum ini terutama mengenai agama asalnya.

"Islam memberikan jawapan yang sangat memuaskan hati terutama mengenai kelahiran dan kenabian Nabi Isa a.s. dan saya berdoa agar seluruh keluarga saya juga dapat menerima hakikat yang sama," katanya.

Seluruh keluarga Jackson adalah pengikut ajaran Kristian yang dikenali sebagai Avendance of Jehova (Penyaksian Jehova) dan antara ajaran yang menjadi pegangan adalah hanya seramai 144,000 lelaki di muka bumi ini layak memasuki syurga.

"Dari dahulu lagi akal saya tidak dapat menerima fakta yang sedemikian dan begitu juga apabila kitab Bible sebenarnya lebih mengumpulkan kata-kata manusia di dalamnya berbanding ajaran sebenar dan kata-kata daripada Tuhan," katanya.

Pelbagai cara dilakukan oleh Jermaine untuk mengenali Islam. Semasa di Mekah beliau mengambil kesempatan menikmati lagu-lagu nasyid dan mendalami lirik lagu seperti yang dinyanyikan oleh Yusuf Islam (Cat Stevens).

"Saya juga banyak belajar daripada beliau mengenai Islam berikutan kami mempunyai latar belakang, kerjaya dan kebolehan yang hampir sama sebelum ini," katanya yang juga sering belajar mengenai Islam dengan bekas juara tinju dunia, Muhammad Ali.

Namun, apakah sambutan yang beliau terima apabila pulang ke Amerika Syarikat selepas secara rasmi memeluk Islam itu?

"Saat itu merupakan kesempatan yang diambil sepenuhnya oleh media Barat dalam mengalunkan satu orkestra propaganda yang memburuk-burukkan Islam dan umatnya. Apabila mereka mendapat tahu saya memeluk Islam, pelbagai gosip dan tohmahan yang mereka sebarkan mengenai saya sehinggakan saya benar-benar terganggu.

"Malah keluarga saya turut menerima kesannya. Begitu banyak surat-surat dan kiriman kecaman dan ancaman yang tidak putus-putus mengganggu kami," katanya.

Jermaine bertindak rasional malah berasa hairan dengan fobia pihak Barat terhadap Islam sedangkan mereka tidak cuba mengenali Islam dan jauh sekali cuba menyelami tekanan yang dihadapi oleh umat Islam angkara perbuatan dan sikap melampau Barat sendiri.

Beliau juga tidak ambil peduli dengan apa juga kisah yang cuba didedahkan oleh media mengenai dirinya.

"Kebebasan yang diamalkan oleh media Barat itu akhirnya memakan diri mereka sendiri kerana pada akhirnya ia membentuk dan menyerlahkan lagi sikap hipokrasi masyarakat Amerika ke tahap yang tertinggi.

"Ini kerana siapakah mereka untuk mengutuk atau mencerca Islam sedangkan mereka sendiri tidak mengikut ajaran agama masing-masing dan tidak

berusaha mencari jalan untuk hidup bersama dengan aman malah lebih suka mencari keburukan orang lain. Adakah ini boleh menyelesaikan masalah?" katanya.

Menurut Jermaine, Islam banyak menguraikan kekusutan jiwa pada dirinya kerana kesanggupan beliau merubah diri mengikut seperti yang diajarkan oleh Islam. Ia benar-benar memberi satu kehidupan baru yang lebih bermakna dan memberinya pandangan hidup yang lebih positif dan rasional.

Bercakap mengenai keluarga Jackson, Jermaine berkata, pelbagai ancaman yang diterima oleh keluarga beliau itu akhirnya dapat ditangani dengan baik.

"Mujur seluruh ahli keluarga saya mempunyai fikiran yang terbuka. Sebenarnya telah menjadi tradisi keluarga kami agar sentiasa membuat kawan dan bersahabat baik dengan sesiapa pun tanpa mengira perbezaan agama.

"Disebabkan amalan seperti inilah mungkin menyebabkan saya terbuka untuk mengenali Islam dan alhamdulillah ia memandu saya kepada kehidupan yang lebih baik," katanya.

Mengenai adiknya dan khabar-khabar angin yang bertiup kencang mengatakan Micheal juga telah memeluk Islam, Jermaine berkata, beliau boleh mengesahkan adiknya itu belum lagi mengikut jejak langkahnya.

"Micheal tidak memeluk Islam tetapi dia juga tidak menentang atau mencemuh Islam malah lagu-lagunya banyak mengajar supaya kita semua supaya berkasih sayang sebagaimana yang diajarkan oleh ibu bapa kami sebelum ini.

"Tetapi siapa tahu pada suatu hari Micheal akan memeluk Islam. Hanya masa dan takdir yang akan menentukan. Sebagaimana juga tidak ada sesiapa yang memaksa saya untuk memeluk Islam. Begitu juga kepada Micheal, tidak ada sesiapa yang boleh memaksa untuknya memeluk Islam," katanya yang pernah berduet dengan adiknya dalam lagu yang begitu popular, Tell Me Im Not Dreamin, pada tahun 1984.

Seorang lagi adik beliau yang juga sangat popular, Janet, sangat terkejut dengan pengislaman abangnya itu. Janet lebih melucukan kerana apabila sebut sahaja Islam, apa yang beliau tahu dan menjadi ketakutannya ialah soal poligami.

"Jadi, saya jelaskan kepadanya bahawa poligami itu sesuatu yang dibenarkan malah ia sebenarnya satu perkara yang mulia berbanding mempunyai hubungan sulit dengan ramai perempuan. Malah itulah yang berlaku kepada kebanyakan lelaki Barat yang telah berkahwin... mereka mempunyai hubungan sulit yang menyebabkan punca kerosakan moral dan menggugat kestabilan masyarakat.

"Jika seorang lelaki secara emosi terpikat dengan wanita lain maka ia patut menghalal dan menghormati hubungan itu dengan perkahwinan. Jika tidak, dia patut mempunyai seorang isteri sahaja," jelasnya.

Menurut Jermaine, setiap wanita dalam Islam umpama sekuntum bunga yang kembang mekar dalam sebuah taman larangan yang mesti dijaga dan dilindungi daripada sebarang makhluk perosak sekalipun yang bernama lelaki.

Lagipun, katanya, dalam seluruh populasi umat Islam di seluruh Amerika Syarikat, tidak sampai 10 peratus penganutnya yang mengamalkan poligami. Jadi, tidak ada sebab untuk adiknya itu berasa bimbang.

Melalui tiga perkahwinan sebelum ini iaitu dengan Hazel Gordy pada 1973, Margaret Maldonado 1988 (tanpa nikah) dan Alejandra Genevieve Oaziaza (1989), Jermaine mempunyai tujuh anak lelaki dan dua anak perempuan.

"Mereka saya didik sepenuhnya berorientasikan ajaran Islam," katanya.

Walaupun Jermaine dikatakan sudah bercerai dengan Alejandra pada tahun 2004 namun ada versi yang mengatakan isterinya itu juga berminat dan sedang mempelajari Islam.

Begitu pun, beliau yang kini beristerikan Haleema Rasheed masih belum beroleh anak. Kini mereka memilih menetap di Dubai dan Bahrain dan masih giat melakukan pelbagai kegiatan seni yang berunsurkan Islam.

Baru-baru ini beliau bercadang membuka sebuah kompleks hiburan di Yerevan, Armenia yang turut memuatkan hotel, restoran dan syarikat televisyen yang kesemuanya berorientasikan Islam dan budaya tempatan.

"Insya Allah, semua adik-beradik saya terutama Micheal dan Janet akan hadir dan memberikan sumbangan bagi menjayakan kompleks itu," katanya penuh yakin.

UTUSAN MALAYSI 8 JUN 2006

Nuraisyah Chua Pilih Islam

Oleh ZUARIDA MOHYIN


PENSYARAH muda ini tidak menafikan senario sebilangan besar saudara baru yang mendalami Islam sebelumnya kerana terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya atau tertarik dengan Islam selepas melihat kehidupan teman-teman yang beragama Islam.

Namun bagi Nuraisyah Chua Abdullah, 30, penerimaan Islamnya melalui cara yang cukup berbeza dan unik.

Chua Bee Teen, nama sebelum Islamnya, mengakui mendekati Islam dengan membuat kajian, pemerhatian dan melalui pembelajaran.

``Saya memeluk Islam bersendirian. Keluarga saya masih belum beragama Islam. Sayalah dalam adik-ber-

adik yang memecah tradisi. Ibu bapa saya beragama Buddha, manakala kakak-kakak pula menganut agama Kristian.

``Malah keputusan muktamad yang diambil ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ia adalah keputusan ikhlas saya sendiri,'' kata anak bongsu daripada empat adik-beradik ini sewaktu ditemui pada majlis diskusi bukunya berjudul, Kisah Saya Saudara Baru di pusat membeli-belah terkemuka di ibu kota, baru-baru ini.

Malah menurut Pensyarah Undang-undang di Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor ini lagi, hakikatnya semenjak dari sekolah rendah lagi, beliau tidak meminati mata pelajaran Sejarah yang dianggap membosankan kerana terpaksa menghafal tarikh, tahun dan tokoh-tokoh sejarah.

``Namun apabila belajar subjek Sejarah Islam di tingkatan enam, lain pula jadinya. Saya mula tertarik, terutama tentang kisah tokoh-tokoh agama Islam.

``Yang pasti, ia sungguh berbeza dengan tokoh-tokoh sejarah yang pernah saya pelajari suatu ketika dahulu.

``Semangat mereka dalam menyebarkan syiar Islam sangat ketara dan tiada tolok bandingnya. Malah dalam kelas inilah, saya banyak belajar dan menghafal potongan-potongan ayat al-Quran, khasnya dalam surah Saba', perihal kesuburan tanah di dae-

rah Saba' dan surah al-Alaq tentang kewajipan umat Islam menuntut ilmu.

Memahami

``Pada awalnya matlamat saya hanya untuk memantapkan penulisan esei peringkat menengah tinggi, agar memperoleh keputusan yang cemerlang tetapi tidak menyangka sama sekali pelajaran ini telah membantu saya memahami Islam,'' cerita Nuraisyah yang pernah memenangi pera-

duan menulis esei peringkat negeri pada zaman persekolahannya dulu.

Malah minat beliau mengaitkan tulisannya dengan aspek Islam telah menimbulkan tanda tanya di kalangan guru di sekolah, yang menganggap beliau serius tentang agama Islam.

Namun jawapan beliau yang bercadang mendalami agama Kristian selepas peperiksaan STPM, menghampakan sebahagian guru, terutamanya guru Ekonomi, Cikgu Zu.

Beliau merupakan satu-satunya guru yang berkeyakinan Chua akan memeluk Islam suatu hari kelak. Alhamdulillah, Nuraisyah memeluk Islam pada usia 19 tahun.

Anak kelahiran negeri Perak ini turut berterima kasih kepada para pensyarah dan insan yang sentiasa prihatin kepada dirinya sepanjang perjalanan menuju Islam. Baginya, mereka adalah pendidik, kaunselor dan keluarga kepadanya.

Berkongsi pengalaman selepas mengucap dua kalimah syahadah, kata Nuraisyah, ramai di kalangan saudara baru menghadapi kesukaran, terutamanya menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Berlainan dengan ibu beranak dua ini, akui Nuraisyah, beliau tidak menghadapi masalah besar dalam hal ini.

Perayaan Tahun Baru Cina adalah perayaan kebudayaan orang-orang Cina dan bukan sambutan keagamaan.

``Berlainan dengan hari raya yang disambut oleh umat Islam, ia lebih kepada tujuan ibadat.

``Cumanya, persamaan antara kedua-dua perayaan ini adalah pada amalan kebudayaan kedua-dua pe-

rayaan tersebut, mereka mengambil peluang mengeratkan hubungan antara satu sama lain, sanak saudara dan rakan taulan. Itu sahaja.

``Selagi amalan semasa perayaan Tahun Baru Cina itu tidak bercanggah dengan hukum syara, maka tidak ada masalah bagi saudara baru meraikannya,'' jelas graduan Sarjana dalam bidang Perbandingan Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.

Menurut Nuraisyah lagi, pada awal pengIslamannya, terutama dalam tempoh dua tahun pertama di universiti, setiap kali tibanya cuti semester, detik itulah dianggap paling krisis atau mengalami dilema dalam diri.

``Bermacam-macam persoalan bermain di fikiran saya. Apa yang patut saya lakukan pada cuti kali ini, soalan yang sentiasa berlegar di minda.

``Hendak pulang ke rumah, kasihan keluarga terutamanya kepada nenek, ayah dan ibu yang terpaksa menjawab segala persoalan jiran tetangga dan rakan mereka mengenai diri saya.

``Namun, walau apa jua rintangannya, saya tidak pernah tidak pulang ke rumah setiap kali cuti semester. Kadang-kadang apabila keadaan menjadi genting, saya akan membuat alasan pulang ke kolej,'' luah Nuraisyah sayu.

Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak berpanjangan, kata beliau. Ia beransur pulih apabila beliau mula bekerja sambilan semasa cuti semester.

Seperkara lagi, berkaitan dengan kepulangannya ke rumah ialah kerisauannya setiap kali tiba waktu makan kerana kebiasaannya Nuraisyah akan berkongsi makanan dengan nenek.

Di samping itu, beliau jugalah yang menyediakan, mengemas dan membasuh pinggan mangkuk.

``Jadi saya sudah tidak makan sepinggan dengan ibu dan cuba mengelak membersihkan pinggan dan meja yang ada benda-benda haram.

``Melihat perubahan ini, seluruh ahli keluarga tidak berpuas hati. Keadaan ini amat menyedihkan.

``Kadang kala untuk duduk semeja pun rasa tidak selesa. Hinggakan ada ketikanya saya terpaksa mencari alasan bagi mengelak situasi genting ini, sungguhpun saya tahu perbuatan ini boleh menjejaskan hubungan saya dengan nenek, ibu dan ayah,'' cerita Nuraisyah.

``Maafkan saya ayah, ibu dan nenek. Saya begitu sayangkan kamu. Namun, apabila diminta memilih antara intan dan permata, saya tetap memilih Islam,'' celah Nuraisyah

pantas serta bernada sayu.

Bertanyakan bagaimana nama Islamnya ditemui, terang Nuraisyah, semuanya adalah atas bantuan Cikgu Zu.

Nama Aisyah dipilih bersempena dengan nama isteri Rasulullah s.a.w. yang disegani kerana ilmu pengeta-

huannya yang tinggi dan jiwanya yang kental.

Pengalaman

Harapan Nuraisyah, semoga de-

ngan penggunaan nama ini, hidup beliau akan disinari dengan cahaya ilmu dan dalam masa yang sama, dapat mencontohi keperibadian wanita mulia ini.

Kisah pengalaman pertama kali Nuraisyah berpuasa di rumah juga begitu menyentuh. Cerita beliau, ia berlaku sebelum memasuki pengajian peringkat ijazah di UIAM. Pada masa itu, beliau masih menunggu keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Keluarga kekok dengan perubahan dirinya. Manakan tidak, anak mereka langsung tidak makan atau minum dari pagi hingga ke malam.

Manakala pengalaman kedua berpuasa iaitu pada tahun pertama di universiti bersama rakan-rakan pe-

ngajian.

``Bahagian akhir bulan puasa, saya habiskan di rumah kerana cuti semester bermula. Saya terkejut, apabila ibu sudahpun membeli lauk-pauk dan kuih-muih dari gerai Ramadan di pasar berhampiran dengan rumah kami.

``Insiden itu begitu pilu hingga saya mengalirkan air mata. Malah tambah menyayat hati apabila ibu, bangun seawal empat pagi menyediakan juadah sahur.

Pada masa itulah saya sedar kebenaran sebuah hadis dalam buku karangan Yusuf Qardhawi, ``Sesungguhnya doa orang yang berpuasa ketika berbuka, tidak ditolak,'' syukur Nuraisyah.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan pemuda pilihan hati yang berasal dari Kedah, Ramzyzan Ramly.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan; Nurafiqah Farhani, 5, dan Nurqistina Nabila, sembilan bulan.

Pengalaman berharga beliau yang bergelar saudara baru telah dibukukan dan kini sedang berada di pasa-

ran.

Menurut Nuraisyah, buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat, tidak kira agama dan bangsa seseorang itu.

``Semoga sumbangan kecil ini bermakna dan membantu mereka agar lebih memahami dan mengenali saudara baru.

``Malah saya yakin, semua ujian yang dihadapi adalah untuk menyiapkan diri kita ke arah kehidupan yang lebih baik pada masa depan,'' pesan Nuraisyah mengakhiri perbualan.


Kelebihan Bersembahyang Menurut Sains

Solat Dari Pandangan Sains

* Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.

* Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

* Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

* Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

* Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

* Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita.

* Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

* Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

* Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

* Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

* Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

* Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

* Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

* Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.Masya-Allah.

Sekian untuk renungan kita bersama

http://pcmansurah.blogspot.com/

Tuesday, December 4, 2007

Dokumentari Ibadah Haji di Discovery Channel

BUAT pertama kalinya saluran Discovery Channel di Astro akan menyiarkan dokumentari berkaitan para jemaah haji di Mekah.

Dokumentari bertajuk Revealed: The Hajj akan disiarkan pada 16 Disember ini, pukul 9 malam.

Dokumentari tersebut akan menayangkan keseluruhan kehidupan dan aktiviti para jemaah haji yang berada di sana.

Saksikan umat Islam seluruh dunia bersatu untuk mengerjakan ibadah haji seperti tawaf di keliling Kaabah, wukuf di Padang Arafah dan melontar di Mina.

Istimewanya Revealed: The Hajj ini turut menampilkan perjalanan seorang mualaf dari Australia iaitu Mattew Nelson yang baru pertama kali mengerjakan haji.

Di samping itu, dokumentari tersebut juga akan menyiarkan cara-cara dan langkah terbaik kerajaan Arab Saudi untuk mengelak daripada berlakunya kemalangan ketika para jemaah sedang menunaikan kewajipan mereka.

Sebelum ditayangkan melalui Discovery Channel, Compass Communications memberi peluang kepada 40 pembaca bertuah Utusan Malaysia untuk menyaksikan Revealed: The Hajj di Golden Screen Cinemas (GSC), Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 8 Disember ini.

Caranya mudah anda hanya perlu menjawab dua soalan yang disiarkan dan e-melkan jawapan anda sebelum 5 Disember ini kepada prakash@com pass-communications.com.my.

Soalan:

1) Bilakah Revealed: The Hajj akan disiarkan di Discovery Channel?

2) Discovery Channel di Astro di tayangkan di saluran nombor berapa?

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp

?y=2007&dt=1203&pub=Utusan_Malaysia&sec

=Hiburan&pg=hi_05.htm

Saturday, December 1, 2007

Masjid Baiturrahman Acheh Banyak Sejarah


Oleh Hasliza Hassan

MASJID Raya Banda Aceh, Baiturrahman yang masih utuh dan menjadi tempat perlindungan paling selamat ketika kejadian ombak besar tsunami 26 Disember tahun lalu menjadi bukti kekukuhan Islam di Banda Aceh.

Sejak pertama kali dakwah tiba dan berakar umbi di rantau ini pada kurun ke-7, Masjid Raya Baiturrahman menyaksikan banyak detik sejarah berlaku yang kini terus menjadi kenangan penduduk di sekitarnya.

Masjid yang teguh berdiri hingga hari ini pada mulanya dibina oleh Sultan Alaiddin Mahmud Shah pada tahun 691 hijrah atau kira-kira 700 tahun lalu.

Ia menjadi mercu kegemilangan kerajaan Islam Aceh Darussalam yang dibina oleh Sultan Johan Shah pada Jumaat, 1 Ramadan 601 hijrah bersamaan 22 April 1205.

Kerajaan Islam Aceh Darussalam adalah penerus daripada beberapa kerajaan Islam yang berkembang pesat sebelumnya, seperti kerajaan Islam Perlak yang juga kerajaan Islam pertama di Asia Tenggara.

Kerajaan itu diasaskan Sultan Alaiddin Shah pada 1 Muharam tahun 225 hijrah atau sekitar tahun 830 masihi, diikuti kerajaan Islam Samudera Pasai dan beberapa kerajaan lainnya.

Pada era pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Masjid Baiturrahman melalui zaman kegemilangan bukan saja sebagai tempat beribadah, malah menjadi pusat pendidikan, khususnya dalam ilmu agama.

Jika di Mesir, Masjid Al-Azhar menempatkan universiti pertama dunia, di Aceh, Masjid Baiturrahman adalah universiti pertama di Nusantara dengan 17 dar atau fakulti dalam pelbagai bidang.

Pensyarahnya didatangkan dari beberapa negara Arab, Turki, Parsi dan India, manakala pelajarnya pula dari hampir seluruh pelosok Nusantara.

Di samping, menyaksikan zaman kegemilangan Islam, masjid itu pernah melalui suasana suram seperti yang pernah berlaku pada kerajaan Aceh ketika dipimpin beberapa sultanah atau raja perempuan.

Pada akhir pemerintahan Sultanah Tajul Alam Safiatuddin, satu kelompok kaum sufi yang dinamakan kelompok wujudiyah melakukan pemberontakan ingin merebut kuasa di Aceh.

Bagaimanapun, pemberontakan itu berjaya digagalkan menyebabkan pemberontak tidak berpuas hati hingga membakar kota Banda Aceh dan beberapa bangunan penting di bandar itu termasuk Masjid Baiturrahman.

Selepas pemberontakan dipadamkan, kota Banda Aceh dibangun kembali dan bahagian Masjid Baiturrahman yang hangus dibaik pulih serta kembali berfungsi seperti sedia kala.

Peristiwa paling tragik menimpa masjid itu berlaku pada 1873 ketika Belanda mengisytiharkan perang secara rasmi ke atas Aceh dan Masjid Baiturrahman menjadi medan tempur yang sengit di antara tentera kompeni (Belanda) dan rakyat Aceh.

Slogan jihad yang dilaungkan oleh tentera Aceh ‘Udep Sare Mate Syahid’ (Hidup Mulia Mati Syahid) berjaya mengundurkan tentera Belanda sehingga mereka terpaksa mengambil pendekatan halus menundukkan Aceh.

Menghadapi tentangan rakyat Aceh yang gigih dan berani, membuat Belanda kehilangan akal waras mereka hingga dalam satu pertempuran, askar penjajah membakar Masjid Baiturrhaman.

Tidak cukup dengan membakar masjid yang menjadi simbol kemegahan Islam di Aceh, penjajah Belanda mengganti nama Banda Aceh yang juga ibu kota Aceh dengan Kota Raja (Kutaraja).

Bagaimanapun masjid itu dibangunkan semula oleh Belanda dan arkitek berketurunan Itali, De Brun, memberi wajah baru dengan memperkenalkan seni bina Moghul menjadikan Masjid Baiturrahman, masjid terindah di Nusantara.

Belanda cuba memberi isyarat bahawa mereka sedia membuka ruang kepada orang Aceh beribadah, namun ia tidak memadai kerana peristiwa masjid dibakar penjajah terus terpahat dalam ingatan masyarakat Islam Aceh.

Masjid itu berjaya ditawan Belanda tetapi ia berjaya dirampas semula pejuang Aceh pada malam hari yang sama.

Empat hari selepas itu, Panglima Angkatan Perang Belanda, Mejar Jeneral J H R Kohler mengerahkan seluruh tenteranya hingga berjaya kembali menduduki masjid berkenaan.

Bagaimanapun, ketika kemenangan disangka dalam genggamannya, Kohler terbunuh di pekarangan masjid berkenaan dan ia memaksa Belanda berundur.

Selepas, kemerdekaan Indonesia, pada 9 Mei 1963 nama Kota Raja dikembalikan kepada Banda Aceh.

Masjid Baiturrahman juga diperbesar, diperindah dan diperluaskan kira-kira 3.5 hektar manakala kubah masjid ditambah daripada dua kepada lima berserta dua menara selain diperindahkan dengan 282 tiang besar dan kecil.

Masjid Raya Baiturrahman membuktikan keutuhan strukturnya, kejuruteraan serta seni bina alaf silam yang mampu bertahan walau dilanda gempa dan ombak besar.

Manakala mereka yang mempercayai keajaiban tuhan, Masjid Baiturrahman dan beberapa masjid lain di bumi Aceh antara bukti kekuasaan Allah, menyelamatkan rumah-Nya dan mereka yang berlindung di bawah bumbungnya.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/
Saturday/Agama/20051111221135/Article/

Keistimewaan Kota Suci Mekah



Oleh SAAD TAIB

KEISTIMEWAAN Mekah dapat diikuti menerusi buku bertajuk Sejarah Mekah Dulu dan Kini, ditulis oleh Dr. Muhammad Ilyas Abdul Ghani, dialih bahasa ke dalam bahasa Indonesia oleh Anang Rizka Mesyhadi, juga keseluruhan alih bahaa itu didapati menggunakan bahasa Malaysia Indonesia, mudah difahami.

Menerusi ruang Pengantar Penulis, beliau menghuraikan lebih mendalam isi kandungan buku tersebut yang memaparkan latar belakang Mekah sebagai tempat diputerakan Nabi Muhammad s.a.w. sejak dahulu hingga terkini dengan motif supaya dapat difahami, diikuti oleh setiap pembaca ke arah menghayati keunikan kota itu yang dijadikan oleh Allah s.w.t. dengan dikunjungi jutaan jemaah Islam untuk beribadat khusus kepadanya.

Buku berkulit tebal cerah di hadapan dan belakang dengan muka hadapan gambar Kaabah dan enam kecubung sebagai menara kota suci itu dan isinya mengandungi enam bab, iaitu menghuraikan Mekah/miqat-miqat ihram, Kaabah, tempat tawaf, Masjidilharam, masya’ir dan tempat-tempat bersejarah lain yang terdapat di sekitarnya.

Bab-bab dihuraikan secara mendalam supaya jemaah, terutama yang menunaikan rukun haji/umrah mengetahui perlunya dilakukan sebaik-baik sampai di Mekah dan di tempat-tempat itu sebagai tempat paling suci di dunia dan perlu dihormati oleh setiap jemaah.

Mengenai Mekah yang berada dalam ketinggian 300 meer dari paras laut, penulisnya menghuraikan dari dalam al-Quran aspek-aspek lain berkaitan kedudukannya, namun kota itu Bakkah dan Makkah, sama sahaja, serta huraian-huraian lain dengan nama seperti Ummul Qura (Perkampungan Tua), Al-Balad (negeri), Al-Balad Al Amin (negeri yang sama), dan Haram Amin (tanah suci yang aman).

Juga beberapa nama lagi seperti Al Baldah (negeri), Wad Ghairu Dzi Zar’in (lembah yang gersang), Maad (tempat kembali), dan Qaryah (negeri/ampang), manakala Al Masjid Al Haram, digunakan dalam empat pengertian.

Sementara Kaabah, pula yang terletak di dalam masjid Mekah diberi beberapa nama. Dalam al-Quran ia disebut Al Bait (rumah), Baitullah (rumah Allah), Al Bait Al Haram, (rumah suci), Al Bait Al Atiq (rumah pusaka) dan Qiblat.

Di dalam masjid Mekah pula, selain bangunan Kaabah, terletak di tengah-tengahnya, bangunan pertama dibina oleh Allah di permukaan bumi, terdapat telaga Zam-zam di bawah kaabah, Multazam, Hajarul Aswad, Hijir Ismail dan Makan Nabi Allah Ibrahim.

Dalam setiap bab terkandung di dalam buku itu, terdapat pula beberapa tajuk kecil sebagai menjelaskan lagi perkara-perkara yang wujud untuk diketahui oleh jemaah. Umpamanya di sekeliling kaabah dan pintunya serta mempunyai empat penjuru iaitu Hajarul Aswad, Rukun-Rukun Yamani, Syami, Iraqi, Pancur Emas dan Kiswah.

Di sekitar Mekah juga terdapat beberapa tempat lain mempunyai sejarah, di antaranya Maulid Nabi (rumah kelahiran rasul), Gua Hira’ (Jabal Nur), Masjid Jin, rumah Siti Khadijah (isteri nabi), Darul Arqam, Ain Zabidah (terusan membekalkan air), Gua Tsur, serta lain-lain.

Tidak kurang 50 keping gambar berwarna terang (kertas tebal) dan hitam putih juga peta mempamerkan sesuatu kawasan yang difikirkan penting untuk diketahui oleh jemaah, terutama gambar-gambar di dalam masjid, bangunan Kaabah, perkhemahan haji antikebakaran di Mina, juga masjid-masjid lain seperti di Jaaranah, Tanaim, Arafah, Al Khaif, Hudaibiyah dan kawasan perkuburan di Ma’ala.

Buku setebal 135 halaman, cetakan Al Rashid Printers, Madinah, Arab Saudi, berharga SRI2 (sekitar RM12).