Tuesday, December 4, 2007

Dokumentari Ibadah Haji di Discovery Channel

BUAT pertama kalinya saluran Discovery Channel di Astro akan menyiarkan dokumentari berkaitan para jemaah haji di Mekah.

Dokumentari bertajuk Revealed: The Hajj akan disiarkan pada 16 Disember ini, pukul 9 malam.

Dokumentari tersebut akan menayangkan keseluruhan kehidupan dan aktiviti para jemaah haji yang berada di sana.

Saksikan umat Islam seluruh dunia bersatu untuk mengerjakan ibadah haji seperti tawaf di keliling Kaabah, wukuf di Padang Arafah dan melontar di Mina.

Istimewanya Revealed: The Hajj ini turut menampilkan perjalanan seorang mualaf dari Australia iaitu Mattew Nelson yang baru pertama kali mengerjakan haji.

Di samping itu, dokumentari tersebut juga akan menyiarkan cara-cara dan langkah terbaik kerajaan Arab Saudi untuk mengelak daripada berlakunya kemalangan ketika para jemaah sedang menunaikan kewajipan mereka.

Sebelum ditayangkan melalui Discovery Channel, Compass Communications memberi peluang kepada 40 pembaca bertuah Utusan Malaysia untuk menyaksikan Revealed: The Hajj di Golden Screen Cinemas (GSC), Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 8 Disember ini.

Caranya mudah anda hanya perlu menjawab dua soalan yang disiarkan dan e-melkan jawapan anda sebelum 5 Disember ini kepada prakash@com pass-communications.com.my.

Soalan:

1) Bilakah Revealed: The Hajj akan disiarkan di Discovery Channel?

2) Discovery Channel di Astro di tayangkan di saluran nombor berapa?

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp

?y=2007&dt=1203&pub=Utusan_Malaysia&sec

=Hiburan&pg=hi_05.htm

1 comment:

ialexs said...

salamualaykum..

a snip from "Revealed:The Hajj"
here http://meena7241.wordpress.com/2007/12/17/hightech/