Tuesday, September 16, 2008
Friday, February 15, 2008
Kursus Imam-imam Dari Negara China di Malaysia
Kursus yang telah berlangsung selama sebulan ini bermula dari 12 Oktober hingga 17 November 2007. Para peserta berasal dari beberapa daerah di China iaitu Gansu, Qinghai, Henan, Yunnan, Sichuan dan lain-lain.
Sepanjang kursus tersebut, mereka bukan sahaja didedahkan dengan ilmu-ilmu teori tetapi pada setiap Sabtu dan Ahad, para peserta akan mengadakan aktiviti luar yang dianjurkan oleh pihak Persatuan Cina Muslim Malaysia atau (MACMA).
Pada tahun lepas, USIM telah berjaya menganjurkan kursus selama sebulan untuk imam-imam muda negara China juga seramai 30 orang. Penganjuran kali kedua ini membuktikan komitmen USIM dalam memberi sumbangan kepada umat Islam di seluruh dunia.
USIM merupakan salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang dipilih untuk kursus ini memandangkan USIM sebagai sebuah IPTA Islam di Malaysia yang dilihat mampu memberikan kursus yang amat berkesan. Apatah lagi, pengajaran dan pembelajaran di USIM yang menggunakan medium bahasa Arab dan Inggeris dilihat amat penting untuk dikongsi bersama dengan peserta-peserta kursus.
Malah dengan kerjasama dari MACMA, maka kursus latihan untuk imam-imam muda negara China diadakan di Malaysia selama 6 bulan di beberapa buah IPT lain iaitu; Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Darul Iman (UDM), Kolej Insaniyyah dan Kolej Teknologi Islam Melaka.
Kursus ini diadakan untuk melahirkan golongan imam dari China yang mampu menguasai bahasa Arab dan ilmu-ilmu Islam dengan baik. Di samping itu, dapat melahirkan golongan imam yang berketerampilan dan berdaya saing serta mampu menyelesaikan permasalahan semasa yang berlaku di kalangan masyarakat.
Saturday, December 22, 2007
Hari Raya Haji di China
Seramai 150 ribu orang umat Islam di Xining, provinsi Qinghai yang terletak di utara China telah telah berkumpul beramai-ramai di Masjid Dongguan, iaitu masjid keempat terbesar di dunia dan solat berjemaah untuk menyambut Hari Raya Korban. Umat Islam di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China telah memakai pakaian yang cantik, sambil menyanyi dan menari untuk menyambut hari kebesaran tersebut.
Dianggarkan terdapat sebanyak lebih 30 juta umat Islam di seluruh China. Etnik Islam terbesar adalah dari Etnik Hui. Kebanyakan bandar besar di China memiliki sejumlah mesjid yang dapat menampung umat Islam untuk mengadakan sembahyang Hari Raya Qurban dan mengadakan Ibadah Qurban secara beramai-ramai. Contohnya di Shanghai terdapat 7 Mesjid dan di Guangzhou terdapat 4 mesjid. Sementara itu di wilayah seperti Qinghai, dan Xinjiang terdapat ribuan mesjid yang dipenuhi oleh jemaah untuk mengadakan sembahyang Hari Raya Qurban.
sumber:
Blog CINA ISLAM
http://idhamlim.blogspot.com/
Friday, November 23, 2007
LAKSAMANA CHENG HO- Tokoh Islam
Segment from the Islamic Forum of New Mexico on Admiral Zheng He. Zheng He was a Muslim Chinese Admiral and Navigator
ADMIRAL ZHENG HE (CHENG HO) CULTURAL AND HERITAGE MUZEUM- MALACCA