Showing posts with label KENALI AL-QURAN. Show all posts
Showing posts with label KENALI AL-QURAN. Show all posts

Friday, February 15, 2008

Penemuan Meteorologi dalam Al Quran


Oleh Mariam Rashid

 Tatkala Rasulullah SAW mengorak langkah untuk menyebarkan dakwah secara terbuka, orang-orang musyrikin Quraisy menuduh baginda yang mencipta ayat-ayat Al-Quran. Jika difikirkan secara logik, Rasulullah SAW adalah seorang yang buta huruf.

Tambahan pula, sepanjang hayat baginda menetap di jazirah Arab yang mengalami purata hujan tahunan yang amat rendah. Bagaimanakah baginda tahu-menahu tentang gumpalan awan seperti gunung serta pembentukan ketulan ais akibat proses pengumpulan awan?

Sudah tentu terdapat ‘penyampai’ yang menitip maklumat kepada Rasulullah SAW perihal suasana di atmosfera dan cakerawala. ‘Penyampai’ yang dimaksudkan adalah malaikat Jibrail yang mula membawa wahyu, tanggal 6 Ogos (17 Ramadan) tahun 610 Masihi.

Ini membuktikan bahawa Al-Quran bukanlah suatu kitab ketinggalan zaman yang perlu diubah mengikut perkembangan semasa kerana pelbagai bidang sains seperti astronomi, kosmologi, oseanografi mahupun zoologi sudah pun termaktub di dalamnya.

Saintis Barat seperti Luke Howard, Francis Beaufort, Cleveland Abbe dan Vilhelm Bjerknes terkial-kial membuat kajian tentang meteorologi sejak 300 tahun lepas, ilmu tersebut sudah pun termaktub dalam Al- Quran sejak 1400 tahun dahulu.

Meteorologi merupakan kajian saintifik tentang atmosfera dan pelbagai proses yang berlaku di dalamnya. Apabila disebut meteorologi, sudah pasti masih ramai yang tidak tahu maksud istilah tersebut berbanding “ramalan cuaca”.

Setelah kajian dilaksanakan oleh stesen kaji cuaca dengan bantuan satelit dan beberapa perkakasan canggih, barulah ramalan cuaca dikeluarkan. Berapakah peratus daripada penonton televisyen yang memberi perhatian terhadap segmen ramalan cuaca yang disiarkan di dalam rancangan televisyen atau radio setiap hari?

Di Malaysia, meteorologi tidak begitu menonjol jika dibandingkan dengan cabang ilmu sains yang lain. Hakikatnya, bertitik tolak dari meteorologi, ia menghasilkan pelbagai kajian sains seperti climatology (kajian tentang iklim), hidrologi, strata vegetasi, botani, zoologi dan biogeografi.

Allah SWT telah mencipta air yang berupaya wujud dalam tiga fasa pada masa yang sama iaitu pepejal, cecair dan gas. Ciri unik ini menghasilkan pelbagai bentuk kehidupan di eko sistem daratan mahupun akuatik. Selain daripada air, parameter seperti keamatan cahaya, suhu, arah pergerakan angin, radiasi elektro magnetik dan tekanan udara turut diambil kira.

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa ayat Quran yang memberi gambaran tentang meteorologi? Rujuklah kepada : Surah Al Araaf (7: 57), An Nahl (16: 65), Al Mukminun (23: 18), An-Nur (24: 43), Al Furqaan (25: 48-50), Ar Rum (30: 48), As-Sajdah (32: 27), Fushshilat (41: 39) dan Al Mulk (67: 30).
Kesemua ayat-ayat tersebut adalah di bawah kategori ayat Makiyah kecuali An-Nur (24: 43) merupakan ayat Madaniyah. Surah Ar Rum (30: 48) yang membawa maksud: “Allah, Dialah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal, lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun pada hamba-hamba yang dikehendaki-Nya, tiba-tiba mereka menjadi gembira.”

Jika diteliti ayat di atas, terdapat beberapa proses yang berlaku di dalam atmosfera sebelum hujan turun: Awan Bergerak (Dengan Bantuan Angin) --> Awan Membentang --> Awan Bergumpal --> Hujan Turun.

Surah An-Nur (24: 43) yang membawa maksud: Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bahagian-bahagian)nya, kemudian menjadikan bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah juga menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, iaitu dari gumpalan-gumpalan awan seperti gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya butiran ais kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan dari sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Terdapat sedikit perbezaan di antara ayat pertama dan kedua, diringkaskan seperti berikut: Awan Bergerak --> Awan Berkumpul--> Awan Bergumpal/bertindih --> Hujan/butiran Ais Turun.
Surah Ar-Rum (30: 48) menggambarkan tentang klasifikasi awan manakala An-Nur (24: 43) menerangkan tentang proses kerpasan (precipitation).

Ahli-ahli meteorologi telah merumuskan bahawa awan terbahagi kepada dua kategori:
i) Awan membentang: sirus, sirokumulus, altokumulus, altostratus, stratus dan stratokumulus
ii) Awan bergumpal: kumulonimbus, kumulus dan nimbostratus

Awan kumulus tidak bertahan lama. Apabila angin kuat yang mengandungi udara lembap bergerak ke atas, ia akan membentuk awan kumulonimbus yang membawa hujan lebat, petir dan guruh. Awan jenis ini kadangkala mempunyai bahagian atas dan bawah yang leper.

Jika angin bertiup kencang, bahagian atas akan membentuk satu lapisan awan yang dikenali sebagai stratokumulus.Awan stratus terbentuk apabila satu lapisan udara disejukkan pada titik tepu. Selain daripada kumulonimbus, nimbostratus turut ditakuti oleh manusia kerana membawa hujan bagi jangkamasa yang lama. Lantaran itu, ia menyebabkan tanah runtuh, jalan raya merekah serta banjir yang lambat surut.

Kerpasan berlaku ketika titisan air atau hablur ais menjadi cukup berat dalam gumpalan awan dan udara tidak berdaya lagi untuk menghalangnya daripada jatuh ke bumi. Fenomena ini boleh diklasifikasikan kepada dua kategori:
i) bentuk cecair: hujan dan gerimis
ii) hablur ais: salji, hujan beku (freezing rain), untal ais (ice pellets) dan hujan batu (hail)
Hujan beku adalah air hujan yang akan membeku apabila jatuh ke bumi manakala hujan batu terdiri daripada ketulan ais yang mungkin mencapai saiz bola golf. Yang pasti kedua-dua jenis hujan ini membawa kemusnahan kepada tanaman ladang, menumbangkan pokok, merosakkan pencawang elektrik serta bumbung rumah.
Firman Allah SWT dalam Surah Al Mukminun (23: 18): Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran, lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi dan sesungguhnya Kami benar berkuasa menghilangkannya.

Ada pihak yang merujuk istilah ‘suatu ukuran’ atau ‘biqadarin’ (Bahasa Arab) kepada air yang meliputi kira-kira 71% daripada permukaan bumi. Tafsiran itu tidak salah dan boleh diterima tetapi ‘biqadarin’ perlu dilihat dari sudut lain iaitu:

1. Saiz (diameter) titisan air hujan dan hablur ais yang turun akibat kerpasan

- Gerimis adalah titisan air yang berdiameter 0.2-0.5 mm, berasal dari awan stratus. Kedudukan stratus yang rendah membatasi titisan air daripada membesar akibat proses perlanggaran sesama sendiri.

- Titisan air hujan berasal dari nimbostratus berukuran berdiameter 1-2 mm sementara titisan dari kumulonimbus berdiameter 3-6 mm.

- Untal ais adalah partikel berwarna putih dalam bentuk kon atau sfera, berdiameter 1-5 mm. Ia terbentuk apabila itisan air dalam awan berada pada suhu -10C (14F) hingga -20C (-4F).

- Hujan batu (hail) terbentuk ketika hujan lebat, diikuti dengan angin kencang. Proses perolakan angin menolak butiran ais ke arah atas, kembali ke lapisan atas dan tengah awan kumulonimbus. Butiran ais menjadi besar setelah bergabung dengan titisan air.

2. Ukuran purata air hujan yang turun di pelbagai tempat
- Di Lembah Amazon dan Lembah Congo, purata hujan tahunan adalah melebihi 250 sm. Di Pulau Madagascar dan Gunung Kilimanjaro, purata hujan tahunan adalah di antara 50 - 100 sm manakala di Gurun Gobi dan Gurun Great Victoria, purata hujan tahunan hanya mencecah 25sm.

Dengan wujudnya pelbagai purata hujan tahunan serata dunia, maka terbentuklah tujuh kumpulan iklim: Tropika Lembap, Kering, Subtropika, Temperat, Boreal, Kutub dan Tanah Tinggi.

Firman Allah dalam Surah as-Sajdah (32: 27): “Dan apakah mereka tidak memerhatikan bahawa Kami menghalau awan yang mengandungi air ke bumi yang tandus, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu dengan tanaman yang menjadi sumber makanan binatang ternakan dan mereka sendiri. Maka apakah mereka tidak memerhatikan?”

Ayat di atas menggambarkan satu rantai makanan (food chain) yang ringkas: Air Hujan --> Tumbuh-tumbuhan
(Autotrof) --> Haiwan (Heterotrof)

Autotrof atau pengeluar, membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis. Haiwan tidak boleh menjadi autotrof kerana ia tidak boleh membuat makanan sendiri. Heterotrof yang terdiri daripada herbivor, karnivor dan omnivor memerlukan autotrof untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Semakin tinggi purata hujan tahunan bagi suatu kawasan, maka rantai makanan menjadi lebih kompleks. Dua jenis biogeografi dipilih sebagai perbandingan:

(a) Hutan Amazon dan Kalimantan: berhampiran dengan garis Khatulistiwa (hutan hujan tropika).

Kawasan ini mendapat cahaya matahari sepanjang tahun dan purata hujan tahunan melebihi 250 sm. Oleh itu, kepelbagaian spesies flora dan fauna adalah tinggi, rantai makanan menjadi lebih kompleks, berubah menjadi jaringan makanan. Lebih banyak kitaran biogeokimia berlaku untuk memberi keseimbangan gas dan nutrient, antara organisma dan persekitaran. Misalnya kitaran karbon, kitaran nitrogen, fosforus dan sulfur.

(b) Siberia dan Alaska: berhampiran dengan Kutub Utara (tundra).

Kawasan ini pula memperoleh cahaya matahari enam bulan sekali dan purata hujan tahunan kurang daripada 25 sm. Lantaran itu, kepelbagaian spesies flora dan fauna adalah rendah, rantai makanan adalah ringkas. Semasa musim panas dan lapisan air mencair, beberapa spesies bunga-bunga kecil, rumput dan herba akan kelihatan.

Apa yang jelas, Quran bukannya diturunkan untuk satu umat atau satu abad, tetapi untuk seluruh umat manusia sehingga hari Kiamat kelak. Bagi sesetengah pihak yang menuduh kandungan Quran tidak sesuai diamalkan pada zaman sekarang adalah mereka yang tidak mengkaji Quran secara menyeluruh. Golongan pemikiran cetek dan dangkal ini hanya mengkaji dan mentafsir ayat-ayat yang tertentu sahaja.

- Oleh Mariam Rashid -

sumber

Quran & Terjemahan Dalam Bahasa Tamil & Mandarin

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menerbitkan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman versi bahasa Mandarin dan Tamil dalam tempoh dua tahun lagi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata proses terjemahan versi bahasa Mandarin dimulakan sejak September lalu, manakala versi bahasa Tamil akan dimulakan tidak lama lagi.

“Jakim berharap penerbitan kitab versi bahasa Mandarin dan Tamil ini dapat membantu umat Islam yang tidak mahir berbahasa Inggeris dan Melayu untuk memahami makna al-Quran seperti dikehendaki ajaran Islam,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran versi bahasa Inggeris, Tafsir Ar-Rahman-Interpretation Of The Meaning Of The Quran dan buku terbaru terbitan Jakim di sini, semalam.


Pelancaran kitab itu disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin.

Mengenai versi bahasa Inggeris kitab Tafsir Ar-Rahman, Wan Mohamad berkata, ia akan diedarkan ke seluruh dunia khususnya negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Eropah, benua Amerika dan negara mempunyai penduduk beragama Islam.

Katanya, kitab setebal 1,317 muka surat itu juga digunakan dalam mata pelajaran pendidikan Islam di sekolah, pengajian ta’mir di masjid serta surau di seluruh negara.

“Cetakan pertama sebanyak 1,000 naskhah boleh didapati di ibu pejabat Jakim di Putrajaya dan kedai buku dilantik,” katanya.

Kitab itu diterbitkan dengan kerjasama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan diedarkan Syarikat Darul Fikir Sdn Bhd (Darul Fikir).

Usaha menerbitkan kitab versi bahasa Inggeris itu dimulakan sejak 1998 berikutan sambutan menggalakkan terhadap kitab versi jawi dan bahasa Melayu yang ditulis ulama dan penulis terkenal, Sheikh Abdullah Mohd Basmeih.

sumber

Wednesday, February 6, 2008

Penciptaan Alam Semesta

Al Quran Yang Sempurna

"Seorang pemuda telah tersesat ke suatu kawasan yang sungguh cantik. Dia teruja dengan keindahan taman ibarat syurga. Burung-burung yang berkicauan, pohon-pohon hijau yang mendamaikan, buah-buahan bergantungan, ada pula aliran sungai kecil yang jernih dan menyejukkan pemandangan.

Lelaki itu semakin terpegun melihat di hadapannya tersergam istana dan mahligai indah yang tidak terperi dengan kata-kata. Dek terlalu kagum, tanpa disedari...kakinya melangkah dan membuka pintu lalu masuk ke dalam.

Kehairan dan kekaguman bertambah dan bertambah, dirinya ibarat berada di dalam syurga. Tiang2, tangga, karpet, dinding, hiasan, almari, meja, kerusi, aroma nya... semua itu mencengangkan jiwa pemuda. Dia mencari-cari siapa pemilik dan bagaimana bisa ada keupayaan yang luar biasa menjadikan istana serba indah itu. Di matanya, serba-serbi tidak ada kekurangan. Semuanya rapi dan kena.

Si pemuda terus berjalan membiarkan dirinya menikmati segala keindahan dan kemewahan yang terdapat dalam mahligai serba indah itu. Dari satu tingkat, ke tingkat yang lain. Dari satu ruang ke ruang yang lain. Anehnya dia tidak bertemu sesiapa.

Tiba-tiba, si pemuda ternampak sebuah buku besar. Lebih besar dari dirinya. Dia membuka dengan berhati-hati setiap helaian. Rupanya dalam buku itu terkandung rahsia setiap perkara di dalam dan di luar mahligai itu. Satu halaman hanya menceritakan bagaimana pembikinan dan bahan-bahan yang terkandung dalam tiang-tiang, batu-batu indah dan sebagainya. Begitulah di halaman yang lain, pemuda membaca dan meneliti gambarajah penciptaan dan manual setiap perkara. Kesenian tangga, ukiran, hiasan, wanginnya semua diceritakan dengan terperinci. Bahan-bahan yang digunakan batu yang bagaimana, ukiran yang seunik apa, diimport dari mana dan bermacam-macam lagi.

Si pemuda menjerit gembira. Rupanya buku inilah punca tersergamnya mahligai indah ini. Dia sudah menemui jawapannya. Buku itulah segala-galanya."


Saya memulakan kelas semalam untuk 13 pelajar Kristian Roman Catholic dan Kristian SIB (Sidang Injil Borneo) dengan kisah di atas. Kelas sunyi dan sepi, tidak seperti biasa.

Setelah masing-masing memberi kesimpulan mereka dari apa yang mereka faham, saya pun bercerita. Sesungguhnya kisah ini saya petik dari Rasail Nur oleh Bediuzzaman Said Nursi.

Iktibar dari Kisah

Inilah sebenarnya kekeliruan yang dihadapi oleh pemikiran Sains dan ilmu tanpa Tuhan. Kisah ini sengaja saya kaitkan kerana semalam kami membincangkan teori evolusi (Charles Darwin) dan Teori Big Bang.

Lelaki yang bodoh itu, terus menyandarkan segala yang tersergam di depan mata kepada sebuah buku besar yang ditemui. Kononnya buku itulah punca segala-galanya. Sesungguhnya mahligai agung itu diibaratkan kepada alam semesta ini. Manusia teruja dan tercengang dengan kehebatan alam yang indah berwarna-warni. Manusia kagum dengan segala susun atur dan architecture nya, segalanya rapi dan tepat.

Buku besar itu umpama ilmu yang ditemui oleh manusia. Para saintis seperti Darwin, menemui teori evolusi. Teori evolusi adalah punca segala-galanya. Tidak ada yang mutlak. "Everything is subject to change", Segala-galanya berubah kepada yang lebih baik. Teori "Big bang" juga... big bang juga segala-galanya... Punca kejadian seluruh semesta.

Pemuda bodoh itu terlupa, bahawa buku itu juga sudah semestinya ada insan lain yang menulis, melukis dan menghuraikan setiap perkaranya. Sekiranya "big bang" itu benar, big bang juga termasuk dalam perancangan Allah.

Penutup

Di akhir kuliah mereka datang ke hadapan kelas, "Ustazah, saya rasa "siyok" dalam kelas ni". Saya terfikir apa itu "siyok" rupanya "syok". Rupanya mereka tidak tahu ustazah mereka ini takut untuk masuk ke kelas ini. Baru saya teringat, apabila bercerita tentang Islam, saya jelaskan betul-betul. Saya tidak mahu mereka berdendam atau benci. Mereka tidak tahu apa-apa tentang Islam. Tetapi dalam kelas ini, saya mesti bercerita tentang Islam.

Saya menceritakan tentang Injil dan Qur'an. Saya menyebut tentang Marry dan Jesus (Mariyam dan Isa). Saya bersyukur, semasa di UIA saya telah dididik oleh Prof. Dr. Kamar Oniah pakar Perbandingan Agama. Semasa di UIA saya belajar tentang Kristian, Yahudi, Hindu, Budha, Sikh dan beberapa dogma lagi. Jazakumullah khair al-jaza' buat Dr. Kamar Oniah Kamaruzzaman.

Saya bercerita tentang Qur'an. Mereka sungguh tidak sangka bahawa Qur'an di dalam Bahasa Arab. Saya juga membacakan al-Fatihah, ketika itu ingin menitis air mata saya. Meremang bulu roma, kelas seperti beku. Habis saja membaca al-Fatihah... mereka bertepuk tangan sekuat-kuatnya.

"Tuhanku, sesungguhnya kalamMu mengandungi mukjizat tertinggi. Izinkan aku membacanya kepada mereka di setiap kali kelasku. Sudah tentu segala kelemahanku yang ada membuatkan aku malu. Tetapi aku menjadi yakin apabila disandarkan kepada Kalam Mu yang Abadi dan Azali. Pimpinlah aku, wahai Tuhan."

sumber
Tajuk asal: Pemuda Bodoh

Saturday, January 5, 2008

Keith guna al-Quran milik Jefferson


NANCY Pelosi (kiri) yang mencipta sejarah sebagai wanita pertama memegang jawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat menyempurnakan majlis angkat sumpah Keith Ellison menggunakan al-Quran yang dipegang oleh isterinya, Kim di Capitol Hill, Washington, kelmarin. – AP.

Anggota Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Keith Ellison mengangkat sumpah semalam selaku anggota pertama beragama Islam dengan menggunakan al-Quran yang pernah dimiliki bekas Presiden, Thomas Jefferson.

Dalam majlis persendirian, Keith yang diapit oleh isterinya, Kim dan empat anak dan ditemani sanak-saudara dan tetamu jemputan mengangkat sumpah menggunakan naskhah al-Quran yang dibalut dengan kulit dipinjam dari Perpustakaan Kongres.

Majlis angkat sumpah itu berlangsung di depan Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi selepas angkat sumpah rasmi 435 anggota baru dewan bagi penggal ke-110, semalam.

Ketika berkata kepada ABC News sebelum majlis, Keith memberitahu, langkahnya mengangkat sumpah menggunakan al-Quran adalah perkara semula jadi kerana ia kitab kepercayaan orang Islam.

“Ia merupakan kitab yang saya baca setiap hari dan tempat saya mendapatkan inspirasi,” kata Keith yang menganut agama Islam semasa menuntut di kolej.

baca lagi

Wednesday, November 21, 2007

Al Quran Menceritakan Lapisan-lapisan Atmosfera

Satu fakta tentang alam semesta sebagaimana dinyatakan dalam Al Qur’an adalah bahwa langit terdiri atas tujuh lapis.

"Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."
(Al Qur'an, 2:29)

"Kemudian Dia menuju langit, dan langit itu masih merupakan asap. Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya."
(Al Qur'an, 41:11-12)

Kata "langit", yang kerap kali muncul di banyak ayat dalam Al Qur’an, digunakan untuk mengacu pada "langit" bumi dan juga keseluruhan alam semesta. Dengan makna kata seperti ini, terlihat bahwa langit bumi atau atmosfer terdiri dari tujuh lapisan.

Saat ini benar-benar diketahui bahwa atmosfir bumi terdiri atas lapisan-lapisan yang berbeda yang saling bertumpukan. Lebih dari itu, persis sebagaimana dinyatakan dalam Al Qur’an, atmosfer terdiri atas tujuh lapisan. Dalam sumber ilmiah, hal tersebut diuraikan sebagai berikut:

Para ilmuwan menemukan bahwa atmosfer terdiri diri beberapa lapisan. Lapisan-lapisan tersebut berbeda dalam ciri-ciri fisik, seperti tekanan dan jenis gasnya. Lapisan atmosfer yang terdekat dengan bumi disebut TROPOSFER. Ia membentuk sekitar 90% dari keseluruhan massa atmosfer. Lapisan di atas troposfer disebut STRATOSFER. LAPISAN OZON adalah bagian dari stratosfer di mana terjadi penyerapan sinar ultraviolet. Lapisan di atas stratosfer disebut MESOSFER. . TERMOSFER berada di atas mesosfer. Gas-gas terionisasi membentuk suatu lapisan dalam termosfer yang disebut IONOSFER. Bagian terluar atmosfer bumi membentang dari sekitar 480 km hingga 960 km. Bagian ini dinamakan EKSOSFER. .
(Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; General Science, Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 319-322)

Jika kita hitung jumlah lapisan yang dinyatakan dalam sumber ilmiah tersebut, kita ketahui bahwa atmosfer tepat terdiri atas tujuh lapis, seperti dinyatakan dalam ayat tersebut.

1. Troposfer

2. Stratosfer

3. Ozonosfer

4. Mesosfer

5. Termosfer

6. Ionosfer

7. Eksosfer

Keajaiban penting lain dalam hal ini disebutkan dalam surat Fushshilat ayat ke-12, "… Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya." Dengan kata lain, Allah dalam ayat ini menyatakan bahwa Dia memberikan kepada setiap langit tugas atau fungsinya masing-masing. Sebagaimana dapat dipahami, tiap-tiap lapisan atmosfir ini memiliki fungsi penting yang bermanfaat bagi kehidupan umat manusia dan seluruh makhluk hidup lain di Bumi. Setiap lapisan memiliki fungsi khusus, dari pembentukan hujan hingga perlindungan terhadap radiasi sinar-sinar berbahaya; dari pemantulan gelombang radio hingga perlindungan terhadap dampak meteor yang berbahaya.

Salah satu fungsi ini, misalnya, dinyatakan dalam sebuah sumber ilmiah sebagaimana berikut:

Atmosfir bumi memiliki 7 lapisan. Lapisan terendah dinamakan troposfir. Hujan, salju, dan angin hanya terjadi pada troposfir.
(http://muttley.ucdavis.edu/Book/Atmosphere/beginner/layers-01.html)

Adalah sebuah keajaiban besar bahwa fakta-fakta ini, yang tak mungkin ditemukan tanpa teknologi canggih abad ke-20, secara jelas dinyatakan oleh Al Qur’an 1.400 tahun yang lalu.

SUMBER: Harun Yahya
http://www.keajaibanalquran.com/earth_layers.html