Showing posts with label ISLAM DI JEPUN. Show all posts
Showing posts with label ISLAM DI JEPUN. Show all posts

Thursday, October 29, 2009

Isutzu Terjemah Quran ke Bahasa Jepun

APABILA menyebut tokoh-tokoh dan ilmuwan Jepun, apa yang terlintas tentulah kecanggihan dalam kemajuan teknologi pembuatannya yang kini telah menguasai kehidupan seluruh warga penduduk dunia.

Yang jarang, malah langsung tidak diperkatakan umum mengenai ketokohan warga negara matahari terbit itu ialah dalam pengkajian serta keilmuan Islam.

Sebaliknya warga Jepun diketahui terlalu kuat berpegang dengan spiritual warisan budaya tradisi yang berasaskan anutan agama Buddha (zed Buddha).

Toshihiku Isutzu (1914-1993) adalah nama agak asing untuk dikait atau diletak dalam senarai nama-nama sarjana dan ilmuwan Islam pada abad ini.

Begitupun kedudukan Isutzu di kalangan ahli akademik dan para sarjana yang terlibat dalam pengajian serta pengkajian Islam dunia masa kini agak istimewa.

Bagi ahli akademik dan pengkaji pengajian Islam dunia, Profesor Isutzu adalah ‘pendakwah’ dan ‘ilmuwan’ sebenar dalam menyebar serta mengembangkan pemahaman tentang Islam.

Kegigihan dan kemampuan Isutzu dalam mendalami Islam membolehkan beliau menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Jepun memang wajar diberi penghormatan. Ini dilakukan pada tahun 1958.

Dalam bidang keilmuan, sukar untuk sesiapapun menyangkal malah menyaingi kemampuan Isutzu.

Keupayaannya menguasai dan mahir dalam lebih 20 bahasa milik bangsa-bangsa bertamadun utama dunia termasuk bahasa klasik Sanskrit, Hebrew, Persia, Cina, Turki dan Arab di samping pelbagai bahasa Eropah moden dianggap suatu misteri dan unik.

Terlibat dalam pembentangan pelbagai persidangan, syarahan, kuliah pengajaran, pengajian dan penyelidikan mengenai Pengajian Islam di universiti-universiti Asia, Asia Barat mahupun Eropah, nama Isutzu dicatat sebagai sarjana Islam sejati dalam sejarah hubungan Jepun-Muslim abad ini.

Menyedari betapa besar dan hebatnya semangat perjuangan serta sumbangan Isutzu terhadap Muslim di Jepun dan agama Islam keseluruhannya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk pertama kalinya mengadakan perbincangan khas mengenai pemikiran yang beliau wariskan itu.

Karya ilmiah hasil pemikir dan ilmuwan legenda Jepun dalam Pengajian Islam itu dibincangkan pada Persidangan Antarabangsa Sarjana Islam Masa Kini: Pembabitan Bangsa Jepun Dalam Pengajian Islam Melalui Legenda Toshihiko Isutzu.

Persidangan tiga hari itu dikelolakan oleh Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Kulliyyah Sains Kemanusiaan dan Penilaian Pemikiran Islam UIAM dengan kerjasama Yayasan Jepun.

Lebih 30 ahli akademik dan sarjana dalam pengajian Islam dari Malaysia, Jepun, Turki, Iran, India, Syria, Pakistan, United Kingdom dan Kanada terlibat dalam pembentangan yang berlangsung di bilik senat UIAM pada 5 hingga 7 Ogos lalu.

Hadir sama ialah Rektor UIAM, Prof. Datuk Dr. Syed Arabi Aidit.

Pada persidangan tersebut Prof. Dr. Mehmet Atalay berpendapat, Isutzu bukan jenis golongan orientalis.

Menurut beliau, Isutzu diibarat gabungan orientalis barat dan timur, tetapi tidak terpengaruh atau dipengaruhi budaya orientalis barat.

“Isutzu punya pendirian dan prinsip tersendiri malah merupakan intelektual terbaik dalam profesionnya serta mempunyai kepercayaan yang kukuh terhadap Islam.

“Kita mungkin boleh memaafkan kekurangan serta kelemahannya, tetapi tidak boleh melupa atau meminggirkan sumbangan hasil karya, pemikiran dan kajiannya mengenai Islam,” kata Dr. Atalay.

Malah pensyarah Universiti Istanbul, Turki itu menyifatkan Profesor Isutzu sebagai pelopor yang berpendirian dalam membicara serta menghasilkan kajian khusus terhadap falsafah dan ilmu kejiwaan (spiritual) keagamaan.

Menurut Dr. Atalay, Isutzu tidak seperti orientalis barat malah beliau tidak terpengaruh dengannya. Sebaliknya menghasilkan yang terbaik dalam profesion keilmuannya mengikut kefahaman, pengalaman serta pengamatan sendiri untuk dikongsi kepada masyarakat audiennya terhadap Islam.

Cuma beritahu beliau lagi, metodologi pengajian Islam itu sendiri perlu diteliti semula dengan lebih serius bagi mengelak konflik skop pengkajian kalangan sarjana orientalis dan bukan orientalis terhadap agama Islam.

Ini kerana tegas Dr. Atalay, sarjana dan ilmuwan Islam atau bukan Islam bebas untuk mengkaji mengenai Islam, tetapi mesti faham dan tahu membezakan antara yang tersirat dan tersurat dalam setiap isi kandungan al-Quran.

Isutzu pada fikiran Prof. Dr. Mohamed El-Tahir El-Mesawi pula, dianggap kurang memahami secara mendalam mengenai apa yang tersirat dalam kebanyakan kandungan al-Quran.

Kajian Isutzu menurut pensyarah di UIAM itu, terlalu dipengaruhi oleh pengalaman mendalam beliau terhadap ilmu kejiwaan atau spiritual penganut zed buddha serta agama semetik.

“Sikap dan cara berfikir serta kajiannya bersifat terlalu memahami keagamaan melalui kejiwaan dan budaya manusia penganutnya tanpa menyentuh secara mendalam mengenai bahasa al-Quran itu sendiri,” ujarnya.

Untuk itu tegas El-Mesawi, pemahaman yang mendalam terhadap al-Quran dan bahasa Arab sangat penting dalam metodologi Pengajian Islam.

Prof. Dr. Abdul Kabir Hussain Solihu pula berkata, memahami spiritual dan budaya agama semetik adalah jalan paling mudah untuk memahami al-Quran di kalangan yang tidak dilahirkan sebagai Muslim.

Isutzu menurut pensyarah UAIM itu, begitu menjiwai semangat spiritual dan budaya semetik terutama yang diamalkan kebanyakan Muslim.

Dalam masa yang sama tambah Abdul Kabir, beliau memahami al-Quran tetapi penjiwaannya sebagai pengamal spiritual zed Buddha sejak dilahirkan lebih kuat.

Tetapi dalam mertabat keilmuan Islam kata Dr. Abdul Kabir yang menjadi pembeza antara pemahaman spiritual dan budaya di samping kefahaman terhadap bahasa al-Quran adalah iman dan ketakwaan individu.

“Apa yang dilakukan oleh Isutzu adalah penghasilan analisisnya terhadap spiritual agama semetik, khususnya Islam dan zed buddha serta amalan budaya warisan penganut keagamaan yang pelbagai itu sendiri,” ujarnya.

Malah Prof. Dr. Ibrahim Zein berkata, pemikiran Isutzu relevan untuk semua khususnya ilmuwan dan sarjana Islam.

Kajian Isuztu bagaimana menurut beliau, lebih menjurus kepada bahasa al-Quran dalam aspek keajaiban, budaya dan tradisi, retorik serta kejiwaan manusia.

Bagi sarjana Jepun pula, Isutzu adalah satu-satunya legenda yang telah mewariskan keilmuan Pengajian Islam tidak ternilai harganya untuk bangsa mereka.

Lantaran itu Duta Jepun di Malaysia, Masahiko Horie menyifatkan Isutzu sebagai ‘bapa’ kepada rakyat Jepun dalam Pengajian Islam.

Profesor Dr. Isutzu menurut Horie telah digelar sebagai ‘Bapa Yayasan Pengajian Islam Jepun’ kerana sumbangan dan pembabitan besarnya dalam membantu masyarakat Jepun memahami dan mempelajari Islam secara spiritual.

Sementara itu, Prof. Kojiro Nakamura dari Universiti Tokyo pula memberitahu, zed buddha yang dijiwai dan diamal sejak kecil di samping falsafah orientalis yang dikajinya menjadikan Isutzu bersifat lebih merendah diri dalam keilmuannya.

“Yang jelas Isutzu telah mengenengahkan metodologi tersendiri secara toleran dalam analisis mengenai keajaiban pada kesamaan dan perbezaan semangat serta amalan spiritual dan budaya beragama,” jelasnya.

Prof. Yoshitsugu Sawai pula berpendapat, pemikiran Isuztu memperlihatkan kepada kita bagaimana falsafah ketimuran mempengaruhi amalan semetik kehidupan nyata manusia.

Pensyarah Universiti Tenri, Jepun itu berkata, pemikiran falsafah ketimuran yang diketengahkan oleh Isutzu adalah berpandukan kepelbagaian pemikiran dan budaya tradisi masyarakat timur yang diiringkan dengan kemajuan semasa.

Malah katanya, metodologi semetik dan falsafah timur pada perspektif Isutzu saling berkait kerana pengkajian serta pemikiran falsafahnya meliputi semua agama semetik serta cabangnya di samping agama lain termasuk Buddha dan Hindu.

Dalam pada itu, tidak ada ahli panel menyentuh mengenai keislaman mahupun keimanan ‘legenda Islam Isutzu’ yang mewariskan naskhah kitab suci al-Quran dalam bahasa Jepun untuk rakyat negara matahari terbit itu.

Sebaliknya, kebanyakan mereka membayangkan keraguan masing-masing terhadap akidah serta pendirian ‘ilmuwan Islam’ Jepun itu mengenai kalimah syahadahnya sebagai Muslim meskipun mengakui kehebatan ‘keislaman’ beliau.

Ini jelas seperti yang dikatakan oleh Pensyarah dari Universiti Kanada, Prof. Dr. Ibrahim Abu Rabi di mana menurut beliau: “Sesiapa pun berhak mengkaji dan memahami al-Quran serta Islam dan mengakui keunikan, kehebatan mahupun kebenarannya. Tetapi soal akidah dan ketauhidan diri ia perkara lain.”

Sebabnya kata Dr. Ibrahim, sesiapa yang mengkaji Islam dan al-Quran dengan berfikir serta membuat analisis, mereka akan menemui kebenaran yang hakiki.

“Itulah yang berlaku di Eropah selepas peristiwa 11 September, di mana lebih 20 peratus masyarakat Barat telah mendaftar mengikuti Pengajian Islam,” ujarnya.

Malah tambah beliau, keilmuan adalah kuasa paling dominan untuk menyekat dan mengatasi persepsi buruk bukan Islam terhadap Islam dan mengembalikan Islam pada kedudukan sebenar.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0826&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Tuesday, September 16, 2008

Ramadhan di Jepun


Ramadhan adalah bulan suci yang selalu di tunggu-tunggu oleh seluruh kaum muslimin di belahan bumi mana pun, termasuk bagi umat Islam di Jepun. Ramadhan tahun ini berlangsung saat akhir musim panas. Namun, Alhamdulillah sekali pun panas, akan tetapi bukan saat kemuncak musim panas, di mana puasa dimulai sejak pukul 03.36 dan berakhir pada pukul 18.09. Jika di rata-rata maka tidak jauh berbeda dengan tempoh waktu berpuasa di Indonesia.

Meski hampir sama, namun berpuasa di Jepun punya nuansa lain. Kaum muslim di Jepun sebagai warga negara minoriti maka hanya bisa menyuarakan keagungan Allah di dalam bangunan tertutup, sekali pun demikian, mereka tetap bersemangat untuk menyambut datangnya bulan yang penuh berkah ini. Kobar semangat itu tak pernah lekang sepanjang waktu.

Jika di Indonesia atau di negeri-negeri muslim lainnya suasana Ramadhan sudah terasa saat memasuki pusat-pusat perbelanjaan, atau kehadirannya telah terlihat di setiap pelosok negeri dengan ditandai ramainya masjid dan musholla dengan aktiviti ke-Islamannya, maka bagi kaum muslimin di Jepun, Ramadhan hanya marak di dalam hati tiap- tiap umat Islam.

Gebyar Ramadhan dari tahun ke tahun hanya bisa dinikmati di area masjid dan Islamic Center saja, karena Jepun bukanlah negara Muslim, meskipun agama Islam sudah menjadi sebagian dalam kehidupan bermasyarakat di Negara Matahari Terbit itu.

Sepinya suasana Ramadhan di luar tembok masjid di Jepun tidak mempengaruhi kaum muslimin untuk memanfaatkan bulan penuh Rahmat ini. Salah satunya, sebagaimana tradisi dari tahun ke tahun hampir di setiap masjid yang jumlahnya masih belum terlalu banyak, selalu mengadakan acara berbuka puasa bersama, shalat tarawih dan bagi kaum muslimin yang ingin i’tikaf di masjid, maka ada sebagian masjid yang mengadakan kegiatan i'tikaf sampai menyediakan menu santap sahur agar para 'tamu' Allah swt itu tenang dalam menjalankan ibadahnya. Hal ini dilakukan, kerana mencari makanan halal saat malam tiba cukup sulit di Jepun.

Bagi warga muslim asli Indonesia yang sedang berada di Jepun, khususnya di wilayah Tokyo dan sekitarnya dapat merasakan cerianya Ramadhan dengan mengikuti rangkaian acara Ramadhan 1429 H di Balai Indonesia Meguro Tokyo. Balai ini bukanlah masjid, tapi jika Ramadhan tua sporthall-nya dalam sekejap di sulap menjadi masjid. Di gedung tua inilah, maraknya Ramadhan sangat terasa. Setiap hari, selama sebulan penuh ada acara shalat tarawih bersama yang kemudian dilanjutkan dengan acara kajian bersama ustaz yang didatangkan dari Indonesia. Selama satu bulan penuh ada empat orang ustaz yang memberikan siraman rohani kepada masyarakat muslim Indonesia yang ada di Jepun. Kehadiran ustaz dari Indonesia ini mengubati kerinduan muslimin Indonesia yang haus akan ilmu agama. Bukan bererti selama ini mereka tidak belajar Islam, namun ada nuansa lain jika warga muslim Indonesia yang telah bermukim lama di Jepun mendapatkan siraman rohani dari ustaz-ustaz yang didatangkan langsung dari Indonesia.

Dan setiap hari petang Ahad ada acara kajian yang dilanjutkan dengan berbuka puasa bersama percuma. Biasanya pada setiap hari minggu selama bulan Ramadhan ratusan umat Islam Indonesia mulai dari staff kedutaan, pelajar, warga muslim Indonesia yang bekerja di sektor swasta, serta para trainee berkesempatan beramah-tamah. Di samping itu, saat berbuka puasa bersama ini juga waktunya berwisata kuliner Indonesia setelah lama tidak mencicipi lazatnya masakan khas Indonesia, seperti kolak, soto ayam, bakso, dan lain-lainnya. Acara akbar ini dikoordinasi oleh KMII Jepang (Keluarga Masyarakat Muslim Indonesia Jepang) yang berpusat di Tokyo.

Usaha menghidupkan Ramadhan di tengah-tengah masyarakat Jepun selain di lakukan di dalam masjid juga menyentuh kehidupan dari rumah ke rumah. Acara berbuka puasa menjadi ajang nyata untuk berbagi kebahagian Ramadhan bersama sahabat. Kerana hidup di luar negeri jauh dari sanak dan saudara, membangun persahabatan berdasarkan aqidah Islam adalah mutlak dilakukan guna mengokohkan keyakinan yang dipeluknya.

Menghidupkan Ramadhan di negeri orang mempunyai tantangan tersendiri. Di tengah lingkungan yang tidak peduli akan keberadaan agama, dibutuhkan niat dan amal yang kuat untuk merealisasikan aturan Allah dalam kehidupan sehari-hari. Kebersamaan antara sesama warga Muslim memberikan kekuatan moral lebih untuk melaksanakan ibadah kepada Allah swt, termasuk dalam hal mengisi bulan Ramadhan dengan aktivitas berpuasa, tarawih, membaca Al-Qur’an, dzikir, serta amal-amal sholeh yang lainnya.

Ramadhan di tengah kelengangan publik juga merupakan ujian dari Allah swt seberapa kuat kaum Muslimin di Jepun menggemgam izzah Islam di negeri non-muslim. Oleh karena itu, menciptakan moment-moment kebersamaan dengan sesama kaum muslimin lainnya sangat membantu demi tegaknya kalimah Allah SWT di bumi Sakura ini.

Jadi, meskipun sebagai warga minoriti, dan tanpa kemeriahan lingkungan dalam menyambut bulan suci ini, masyarakat Muslim di Jepun menyambuk Ramadhan dengan kemeriahan di dalam dada setiap Muslim. Marhaban ya Ramadhan…. (Sri Wahyuni, Jepang)

sumber asal