Saturday, December 1, 2007
Keistimewaan Kota Suci Mekah
Oleh SAAD TAIB
KEISTIMEWAAN Mekah dapat diikuti menerusi buku bertajuk Sejarah Mekah Dulu dan Kini, ditulis oleh Dr. Muhammad Ilyas Abdul Ghani, dialih bahasa ke dalam bahasa Indonesia oleh Anang Rizka Mesyhadi, juga keseluruhan alih bahaa itu didapati menggunakan bahasa Malaysia Indonesia, mudah difahami.
Menerusi ruang Pengantar Penulis, beliau menghuraikan lebih mendalam isi kandungan buku tersebut yang memaparkan latar belakang Mekah sebagai tempat diputerakan Nabi Muhammad s.a.w. sejak dahulu hingga terkini dengan motif supaya dapat difahami, diikuti oleh setiap pembaca ke arah menghayati keunikan kota itu yang dijadikan oleh Allah s.w.t. dengan dikunjungi jutaan jemaah Islam untuk beribadat khusus kepadanya.
Buku berkulit tebal cerah di hadapan dan belakang dengan muka hadapan gambar Kaabah dan enam kecubung sebagai menara kota suci itu dan isinya mengandungi enam bab, iaitu menghuraikan Mekah/miqat-miqat ihram, Kaabah, tempat tawaf, Masjidilharam, masya’ir dan tempat-tempat bersejarah lain yang terdapat di sekitarnya.
Bab-bab dihuraikan secara mendalam supaya jemaah, terutama yang menunaikan rukun haji/umrah mengetahui perlunya dilakukan sebaik-baik sampai di Mekah dan di tempat-tempat itu sebagai tempat paling suci di dunia dan perlu dihormati oleh setiap jemaah.
Mengenai Mekah yang berada dalam ketinggian 300 meer dari paras laut, penulisnya menghuraikan dari dalam al-Quran aspek-aspek lain berkaitan kedudukannya, namun kota itu Bakkah dan Makkah, sama sahaja, serta huraian-huraian lain dengan nama seperti Ummul Qura (Perkampungan Tua), Al-Balad (negeri), Al-Balad Al Amin (negeri yang sama), dan Haram Amin (tanah suci yang aman).
Juga beberapa nama lagi seperti Al Baldah (negeri), Wad Ghairu Dzi Zar’in (lembah yang gersang), Maad (tempat kembali), dan Qaryah (negeri/ampang), manakala Al Masjid Al Haram, digunakan dalam empat pengertian.
Sementara Kaabah, pula yang terletak di dalam masjid Mekah diberi beberapa nama. Dalam al-Quran ia disebut Al Bait (rumah), Baitullah (rumah Allah), Al Bait Al Haram, (rumah suci), Al Bait Al Atiq (rumah pusaka) dan Qiblat.
Di dalam masjid Mekah pula, selain bangunan Kaabah, terletak di tengah-tengahnya, bangunan pertama dibina oleh Allah di permukaan bumi, terdapat telaga Zam-zam di bawah kaabah, Multazam, Hajarul Aswad, Hijir Ismail dan Makan Nabi Allah Ibrahim.
Dalam setiap bab terkandung di dalam buku itu, terdapat pula beberapa tajuk kecil sebagai menjelaskan lagi perkara-perkara yang wujud untuk diketahui oleh jemaah. Umpamanya di sekeliling kaabah dan pintunya serta mempunyai empat penjuru iaitu Hajarul Aswad, Rukun-Rukun Yamani, Syami, Iraqi, Pancur Emas dan Kiswah.
Di sekitar Mekah juga terdapat beberapa tempat lain mempunyai sejarah, di antaranya Maulid Nabi (rumah kelahiran rasul), Gua Hira’ (Jabal Nur), Masjid Jin, rumah Siti Khadijah (isteri nabi), Darul Arqam, Ain Zabidah (terusan membekalkan air), Gua Tsur, serta lain-lain.
Tidak kurang 50 keping gambar berwarna terang (kertas tebal) dan hitam putih juga peta mempamerkan sesuatu kawasan yang difikirkan penting untuk diketahui oleh jemaah, terutama gambar-gambar di dalam masjid, bangunan Kaabah, perkhemahan haji antikebakaran di Mina, juga masjid-masjid lain seperti di Jaaranah, Tanaim, Arafah, Al Khaif, Hudaibiyah dan kawasan perkuburan di Ma’ala.
Buku setebal 135 halaman, cetakan Al Rashid Printers, Madinah, Arab Saudi, berharga SRI2 (sekitar RM12).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment