Wednesday, May 21, 2008

Islam Semakin Subur di Rusia


SEbahagian umat Islam Rusia yang mengikuti kelas fardu ain termasuk al-Quran.


Kedatangan Presiden Vladimir Putin ke Malaysia pada Ogos 2003 dan kehadirannya pada persidangan ke-10 Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) membawa sinar baru kepada hubungan Islam Rusia-Malaysia.Malah, kini disifatkan sebagai zaman membangun Rusia terhadap agama Islam selepas 'tidur' agak lama di zaman Kesatuan Soviet.

Wakil Jabatan Dialog dengan Pertubuhan-pertubuhan Tempatan Islam Rusia, Marat Hazrat berkata, secara perlahan-lahan kini masyarakat mula sedar bahawa mereka sudah jauh meninggalkan agama.

Katanya, Kerajaan Rusia juga semakin menyokong perkembangan agama di mana jika dulu, Mufti Besar Sheikh Rawil Gainutdin hanya dipanggil dua kali setahun ke Kremlin untuk berbincang dengan presiden, kini beliau semakin kerap dipanggil.

"Kerajaan Rusia memberi sokongan kepada perkembangan Islam di sini. Contohnya masjid yang sedang dalam pembinaan adalah di bawah naungan kerajaan Rusia," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Kata Marat, pengaruh Putin dan minatnya terhadap hal-ehwal agama membantu merealisasikan pembinaan masjid tersebut.

Selain itu, kawasan masjid akan diperluaskan dan umat Islam mendapat beberapa bangunan baru. "Antaranya, bangunan Russia Mufties Council. Di kawasan ini, akan terdapat pejabat wakil-wakil agama dari banyak negara Islam," katanya.

baca seterusnya

No comments: