Program tiga hari itu diadakan di Pusat Latihan Lakeview INMIND, Sungai Tinggi, Selangor dengan matlamat menyebarkan ilmu Islam kepada saudara baru.
Program itu disertai oleh 100 peserta daripada pelbagai kaum iaitu India, Cina, Orang Asli dan Filipina.
Ia diadakan khusus kepada saudara baru bagi menambahkan pengalaman dan pengetahuan untuk mempertingkatkan lagi kefahaman tentang Islam. Matlamatnya, supaya mereka mempraktikkan Islam sebagai cara hidup serta menjadi muslim dan muslimat yang soleh dan solehah.
![]() |
PARA perserta Program Peningkatan Ilmu Saudara Kita Peringkat Zon Tengah bersama urusetia dan moderator bergambar kenangan selepas menamatkan kursus tiga hari itu. |
No comments:
Post a Comment