Saturday, January 5, 2008

Keith guna al-Quran milik Jefferson


NANCY Pelosi (kiri) yang mencipta sejarah sebagai wanita pertama memegang jawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat menyempurnakan majlis angkat sumpah Keith Ellison menggunakan al-Quran yang dipegang oleh isterinya, Kim di Capitol Hill, Washington, kelmarin. – AP.

Anggota Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Keith Ellison mengangkat sumpah semalam selaku anggota pertama beragama Islam dengan menggunakan al-Quran yang pernah dimiliki bekas Presiden, Thomas Jefferson.

Dalam majlis persendirian, Keith yang diapit oleh isterinya, Kim dan empat anak dan ditemani sanak-saudara dan tetamu jemputan mengangkat sumpah menggunakan naskhah al-Quran yang dibalut dengan kulit dipinjam dari Perpustakaan Kongres.

Majlis angkat sumpah itu berlangsung di depan Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi selepas angkat sumpah rasmi 435 anggota baru dewan bagi penggal ke-110, semalam.

Ketika berkata kepada ABC News sebelum majlis, Keith memberitahu, langkahnya mengangkat sumpah menggunakan al-Quran adalah perkara semula jadi kerana ia kitab kepercayaan orang Islam.

“Ia merupakan kitab yang saya baca setiap hari dan tempat saya mendapatkan inspirasi,” kata Keith yang menganut agama Islam semasa menuntut di kolej.

baca lagi

No comments: